Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero

Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero

Presiden Parti Gerakan perlu faham isu dahulu sebelum berniat mahu jadi hero.

Itu nasihat Datuk Seri Najib Razak kepada Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Dalam hantaran media sosialnya malam ini, Najib berkata, tindakan mahu menyaman Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Wan Saiful Wan Jan ada sebabnya.

Wan Saiful yang juga Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini merujuk ucapan Muhyiddin semasa mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri menyebut namanya.

“Jadi, saya mahu mereka keluarkan bukti dalam mahkamah. Barulah adil kerana kita tak patut halalkan fitnah,” katanya merujuk kenyataan Dominic yang mengatakan partinya akan menyediakan peguam mewakili Muhyiddin dan Wan Saiful hari ini.

Peguam itu akan berhadapan dengan saman fitnah yang akan dibuat Najib, katanya. MG

Berikut dari media sosial Najib Razak:

“Saya ingin bertanya kepada Najib, mengapa beliau mahu melenting adakah terasa bahawa itu adalah dirinya? Siapa makan cili dia rasa pedaslah.” tanya Presiden Gerakan.

Presiden Gerakan tanya, saya jawab.

Sebab Ketua Penerangan PPBM/PN sudah merujuk ucapan Muhyiddin untuk sebut nama saya.

Jadi, saya mahu mereka keluarkan bukti dalam mahkamah.

Barulah adil kerana kita tak patut halalkan fitnah.

Dan sebab itu, presiden Gerakan perlu faham isu sebelum berniat jadi hero.

Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker