Gerakan buat pusingan U, kini isytihar sokong Modul Penghayatan Hadis 40

PETALING JAYA: Presiden Gerakan Dominic Lau menyokong usaha Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi selagi ia khusus untuk pelajar beragama Islam.

Namun, katanya pihak berwajib perlu memberikan butiran terperinci dalam perkara itu, memandangkan kenyataan awal pelaksanaannya terlalu makro sehingga mewujudkan kegelisahan orang ramai khususnya ibu bapa dan pelajar bukan Islam.

“Agama adalah hak, KPM perlu kukuhkan penerangan kepada pihak berkepentingan. Gerakan menyokong usaha ini dan mengharapkan KPM mendekati pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dengan penerangan perancangan, impak dan perjalanannya.

“Masalah sering kita hadapi bawah kerajaan ini adalah mereka gagal dalam proses penerangan dan sering menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, Gerakan juga sedar kepentingan elemen kerohanian dan keagamaan serta ia perlu diterapkan dalam silibus pendidikan selagi tidak menimbulkan kesulitan kepada pelajar agama lain.

“Selagi sesebuah pengajian tidak menimbulkan kesulitan kepada yang lain, tidak salah mereka (yang Islam) menghayati asas kesucian yang menghimpunkan panduan kehidupan dan dipercayai membantu pembentukan akhlak generasi muda Islam lebih baik.

“Apa yang penting adalah proses penerangan berkenaan dengan pendekatan tersebut, tambahan pula kita sebagai rakyat berbilang kaum dan agama perlu memahami konteks kesederhanaan dan menghormati pendekatan keagamaan oleh rakan-rakan kita,” katanya.

Lau berkata, Gerakan tiada halangan menyokong perkara itu, selagi KPM berpegang kepada jaminan modul tersebut tidak melibatkan pelajar bukan Islam.

“Saya juga menegaskan KPM berpegang kepada kenyataan menterinya bahawa modul yang akan diperkenalkan hanya untuk pelajar sekolah agama dan kepada pelajar Islam, dan tidak sesekali memperluaskan modul ini kepada pelajar bukan Islam.

“Jaminan tersebut penting,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker