Penipuan vaksin Covid-19, Interpol keluarkan amaran global
Penipuan vaksin Covid-19, Interpol keluarkan amaran global
Paris: Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa semalam mengingatkan anggota organisasi itu mengenai ancaman penipuan berkaitan dengan penjualan vaksin Covid-19 palsu.
Sebanyak 60 kes berhubung penipuan itu yang direkodkan di 40 negara, ia membabitkan pegawai kesihatan dan hospital menerima tawaran palsu untuk mendapatkan vaksin, menurut Interpol dalam satu kenyataan.
Penipuan berlaku apabila ada individu tampil memperkenalkan diri sebagai wakil pengeluar vaksin atau agensi kerajaan yang berhubung melalui penyebaran e-mel peribadi dan kadang kala menggunakan panggilan telefon, sebelum memperdayakan mangsa mereka.
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin, kemungkinan kembali sebagai PM
- Pas senada dengan Muhyiddin, hentam pemimpin UMNO
- “Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah
- Bagi Azwan melalak dulu, tunggu tindakan saya
- Berpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk [VIDEO]
- Dulu tinggal dalam kontena, sekarang jutawan Dolive
- Polis trafik selamatkan 3 beranak dari ‘Kepala Air’
Layari Laman Facebook MYKMU
Interpol memutuskan untuk memberi amaran kepada anggotanya berdasarkan data yang diperoleh daripada makmal farmasi berkaitan penipuan itu, termasuk penggunaan akaun media sosial dan laman web palsu.
Setiausaha Jeneral, Jürgen Stock, menekankan pentingnya kerjasama antara sektor swasta dan awam untuk menangani masalah ini.
“Meskipun penipuan ini gagal, penting untuk dilaporkan kepada polis, jadi potensi jaringan sindiket penpipuan ini dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan itu.
“Dalam pada itu, selain peringatan yang dikeluarkan Interpol, ia juga amaran kepada pihak berkuasa mengenai ancaman ini,” katanya lagi.
Tahun, Interpol melancarkan Pasukan Khas Jenayah Kewangan Global untuk meningkatkan kerjasama dan inovasi antarabangsa terhadap penipuan siber dan pengubahan wang haram oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan terhadap krisis Covid-19. HM
Penipuan vaksin Covid-19, Interpol keluarkan amaran global
You must be logged in to post a comment.