Pengasas Sudoku meninggal dunia akibat kanser hempedu

Pengasas Sudoku meninggal dunia akibat kanser hempedu

TOKYO: Pengasas permainan teka-teki menguji minda, Sudoku, Maki Kaji, 69, meninggal dunia akibat kanser hempedu.

Berita kematian itu disampaikan oleh syarikatnya bekerja, Nikoli.

Mendiang merupakan bekas pelajar universiti yang tercicir pernah bekerja di syarikat pencetakan sebelum menghasilkan majalah teka teki nombor pertama di Jepun.



Kaji kemudian menamakan majalah itu sebagai Sudoku.

Kaji dikenali dengan jolokan ‘Dewa Sudoku’ meletakkan jawatan sebagai ketua syarikat, Julai lalu kerana komplikasi kesihatan yang teruk dan meninggal dunia, 10 Ogos lalu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sudoku merupakan permainan teka teki nombor yang dimain jutaan orang setiap hari di seluruh dunia.

Sudoku menjadi popular di luar Jepun, 20 tahun lalu selepas akhbar luar negara mula mencetak permainan itu.

Dianggarkan, lebih 100 juta orang di seluruh dunia pernah mencuba permainan teka teki nombor itu dan kejohanan dunia dianjurkan sejak 2006. Utusan

Pengasas Sudoku meninggal dunia akibat kanser hempedu



Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker