Permainan angka percaturan politik: Siapa Perdana Menteri Ke-9?

PERMAINAN angka, itu percaturan dan teka-teki yang bukan sahaja jadi permainan ahli politik ketika ini, tetapi juga buat penganalisa dan pemerhati politik serta rakyat Malaysia secara umumnya.
Beberapa nama disebut bakal menduduki kerusi panas Perdana Menteri yang ditinggalkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Namun, nama yang dijulang tidak akan terpahat di Perdana Putra sekiranya tiada kesepakatan mahupun persetujuan Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Beberapa senario boleh dijangkakan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Beliau dikatakan antara individu yang mampu meraih majoriti sekiranya mampu menarik kembali sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO yang bertindak menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
Sekiranya UMNO secara en bloc iaitu seramai 38 Ahli Parlimen memberi sokongan kepada beliau, Ismail Sabri dijangka mampu meraih sokongan daripada 115 Ahli Parlimen.
Ini diambil kira sokongan daripada 31 Ahli Parlimen Bersatu, PAS (18), GPS (18), Bebas (4), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), PBS (1) dan STAR (1).
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang ini mendapat sokongan majoriti daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu seramai 88 Ahli Parlimen.
Ia terdiri daripada DAP (42), PKR (35) dan Amanah (11).
Malah, dilaporkan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik turut memberi sokongan kepada Anwar.
Namun, 89 sokongan tidak mencukupi tanpa sokongan daripada parti-parti lain.
Usaha Anwar untuk menjawat jawatan Perdana Menteri mampu tercapai sekiranya berjaya menerima sokongan daripada Warisan (8), Pejuang (4), Bebas – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (1) sekali gus menjadikan jumlah sokongan sebanyak 102 Ahli Parlimen.
Angka itu mungkin akan lebih dengan mengambil kira kemungkinan sokongan beberapa Ahli-Ahli Parlimen UMNO termasuk parti-parti lain di Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Nama individu paling berpengaruh di Negeri di Bawah Bayu ini juga disebut-sebut mampu memegang tampuk pentadbiran negara.
Berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, Mohd Shafie berdepan cabaran dalam memberi keyakinan kepada Pakatan Harapan untuk memberi sokongan kepada beliau.
Sekiranya ia mampu direalisasikan, Mohd Shafie dijangka mampu meraih lebih 100 Ahli Parlimen.
Ia merangkumi partinya sendiri Warisan (8), komponen PH terdiri daripada DAP (42), PKR (35), Amanah (11), Pejuang (4), Bebas (2) – Syed Saddiq dan Maszlee Malik.
Ini tidak termasuk lagi sokongan lain seperti dari GPS, PAS ataupun kelompok parti-parti kecil lain seperti PBRS, PBS, STAR dan PSB.
Kemungkinan Parlimen Tergantung wujud sekiranya tiada parti atau gabungan yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif.



Kemungkinan Parlimen Tergantung wujud sekiranya tiada parti atau gabungan yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif.
Parlimen Tergantung
Parlimen tergantung adalah situasi di mana parti politik tertentu atau gabungan sedia ada tidak mempunyai majoriti mutlak dalam Parlimen atau badan perundangan lain.
Situasi ini juga dikenali sebagai Parlimen Seimbang iaitu walaupun tidak lazim atau tiada kawalan keseluruhan.
Tiada parti atau gabungan parti yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif.
Namun, majoriti mutlak masih boleh diperoleh melalui pembentukan kerajaan gabungan yang baharu atau penambahan ahli bukan sekutu dalam gabungan sedia ada.
Bagaimanapun, sebuah kerajaan minoriti mungkin dapat dibentuk di mana parti yang mempunyai Ahli Parlimen teramai dibenarkan untuk membentuk kerajaan tanpa majoriti mutlak, dengan syarat ia mendapat sokongan dari ahli tidak bersekutu.
Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Permainan angka percaturan politik: Siapa Perdana Menteri Ke-9?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker