Sempadan Rafah mungkin dibuka hari ini

Sempadan Rafah mungkin dibuka hari ini

Kaherah: Pintu sempadan Gaza yang dikawal Mesir dijangka dibuka hari ini, sekali gus membolehkan penyaluran bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken mengesahkan sempadan Rafah itu akan dibuka.



“Rafah akan dibuka. Kami sedang mengaturkannya dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan Mesir, Israel dan yang lain, satu mekanisme untuk bantuan masuk (Gaza) dan menyampaikannya kepada orang yang memerlukannya,” katanya selepas pertemuan dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi pada Ahad.

Beliau bagaimanapun tidak memberi tarikh tepat pembukaan sempadan itu, namun mengumumkan lantikan veteran diplomatik AS, David Satterfield sebagai wakil khas untuk rundingan isu kemanusiaan Timur Tengah, dan dijangka tiba di Mesir hari ini.

Dalam pada itu, NBC News yang memetik jurucakap Palestin melaporkan, sempadan Rafah bakal dibuka pada 9 pagi Isnin, manakala sumber keselamatan memberitahu ABC News yang pembukaan pada Isnin untuk beberapa jam, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Ketika ini bantuan kemanusiaan termasuk dari Mesir, Jordan dan Turki selain bekalan perubatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah tiba lapangan terbang Al Ariel yang jaraknya 50 kilometer (km) di barat Rafah, menunggu untuk dibawa masuk ke Gaza yang dikuasai Hamas.



Konflik Israel-Hamas bermula dengan serangan Hamas ke atas wilayah diduduki pada 7 Okt lalu, menyaksikan lebih 1,400 rakyat Israel maut.

Sebagai balasan, rejim Zionis itu melakukan serangan udara dan darat ke Semenanjung Gaza yang disekat hingga mengorbankan 2,670 orang kebanyakannya orang awam Palestin. HM

Sempadan Rafah mungkin dibuka hari ini

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?



Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker