Padan muka, Satu kepala kena denda RM2,000
Padan muka, satu kepala kena denda RM2,000
Sengaja undang padah apabila sebuah restoran di Dataran Mentari, Sungai Way, di sini, membenarkan pelanggannya makan di dalam premis ketika negeri Selangor masih diletakkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya yang menerima maklumat kemudian menyerbu restoran berkenaan pada jam 7.45 malam semalam.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas premis itu mendapati pengurus restoran berusia 26 tahun gagal mengemukakan lesen perniagaan minuman keras bagi tahun 2021.
“Malah dia turut mengemukakan lesen penyediaan makanan yang tamat tempoh pada Jun lalu.
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin, kemungkinan kembali sebagai PM
- Pas senada dengan Muhyiddin, hentam pemimpin UMNO
- “Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah
- Bagi Azwan melalak dulu, tunggu tindakan saya
- Berpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk [VIDEO]
- Dulu tinggal dalam kontena, sekarang jutawan Dolive
- Polis trafik selamatkan 3 beranak dari ‘Kepala Air’
Layari Laman Facebook MYKMU
“Sebanyak 10 botol minuman keras pelbagai jenama dirampas. Semasa serbuan dijalankan, terdapat 22 pelanggan membabitkan 15 lelaki dan tujuh wanita warga tempatan berusia lingkungan 21 hingga 42 tahun sedang menjamu selera di restoran itu.
“Pemilik restoran menggunakan taktik menutup pintu hadapan premis dan membenarkan pelanggan masuk untuk ‘dine-in’ ( makan di dalam premis) melalui pintu belakang restoran,” katanya tadi.
Mohamad Fakhrudin berkata, pengurus restoran dikompaun sebanyak RM10,000 kerana melakukan kesalahan mengikut peraturan 17(2) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021.
“Manakala 22 pelanggan dikompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang kerana melakukan kesalahan mengikut peraturan 17(1) PPPPB 2021
“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 76 Akta Eksais 1976,” katanya. HM
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Padan muka, satu kepala kena denda RM2,000