Wartawan NST meninggal dunia semasa rentas hutan

GERIK – Seorang wartawan sambilan NST dari Kuala Lumpur yang mengikuti program Eksplorasi Ekopelancongan Sumber Asli Bersama Media ke Negeri Perak disahkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri semasa melakukan aktiviti merentas hutan di kawasan di Pulau Tali Kail dekat Tasik Banding di sini tengah hari tadi.

Kejadian berlaku pukul 11.51 pagi semasa mangsa, Zulkifly Ab Latiff, 41, bersama rombongan peserta program yang terdiri daripada petugas media pelbagai agensi sedang mengikuti program kelolaan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Mangsa berasal dari Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor.

Program yang bermula Selasa lalu sepatutnya tamat hari ini sebelum peserta kembali ke ibu kota dan Tasik Banding merupakan lokasi lawatan yang terakhir.

Menurut peserta program, Wat Kamal Abas, mereka memulakan aktiviti merentas hutan pada pukul 10.30 pagi selepas tiba dari Jeti Awam Banding menaiki bot dan beliau dengan mangsa berjalan bersama-sama menelusuri denai.

Wat Kamal berkata, dia dan mangsa sempat merakamkan foto bersama semasa mereka berhenti seketika dalam perjalanan sebagai kenang-kenangan walaupun mangsa bukanlah seorang yang suka bergambar.

“Tidak lama selepas menyambung perjalanan, tiba-tiba mangsa mengadu sesak nafas dan sakit dada serta terasa mual untuk muntah. Kemudian tubuh beliau menggeletar serta nafas tercungap-cungap.

“Saya memapah dan memangku mangsa di atas riba dan menggosok-gosok dadanya. Dia bagaimana pun kelihatan lemah dan pucat. Dalam keadaan agak kelam kabut itu, saya sempat membisikkan kalimah syahadah pada mangsa sebelum dia tidak sedarkan diri.

“Pihak urusetia kemudian terus bertindak menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan kecemasan dan pada masa itu saya dapat merasakan yang Zukifli telah tiada,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo!

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Saiful Amar Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.27 tengah hari sebelum menghantar sepasukan anggota ke tempat kejadian dan tiba kira-kira setengah jam kemudian

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker