Elyana mohon doa, ibu positif COVID-19

Elyana mohon doa, ibu positif COVID-19

Penyanyi lagu Kalis Rindu, Elyana mohon orang ramai mendoakan kesihatan ibunya, Shamsidar Alias yang disahkan positif COVID-19, semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG), Elyana bagaimanapun bersyukur apabila ahli keluarga lain termasuklah bapa, Emrizal Shamsudin dan adik lelaki, Eizad Ezmeer bebas COVID-19.

Penyanyi berusia 34 tahun itu berkata, ibunya sedang menjalani kuarantin kendiri di Shah Alam.

“Kami tidak tahu bagaimana boleh dijangkiti kerana mama tidak keluar rumah dan sudah lengkap dua dos vaksin.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Saya minta jasa baik dapat mendoakan mama. Sedih sangat kerana tidak banyak yang boleh dilakukan dalam keadaan saya sendiri tidak berapa sihat.

“Tolong jangan putus berdoa untuk mama. Semoga ahli keluarga lain dijauhi jangkitan COVID-19 terutama papa dan adik lelaki yang tinggal serumah dengan mama,” katanya kepada BH Online.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata, keadaan kesihatannya sendiri agak terbatas dan tidak banyak dapat dilakukan untuk keluarga.

Katanya, dia sudah selesai menjalani 10 sesi radioterapi dan akan menyambung rawatan kimoterapi, tidak lama lagi.

“Saya baru selesai mendapatkan dos kedua vaksin. Sepatutnya ia sudah selesai selepas rawatan radioterapi. Bagaimanapun badan saya lemah menyebabkan temu janji terpaksa dibatalkan.

“Jadi, semalam saya sudah lengkap mendapatkan dos kedua,” katanya.

Pada Jun lalu, Elyana dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan radioterapi sebanyak 10 sesi berikutan penyakit kanser limfoma yang dihadapi sudah merebak ke dada, paru-paru, belakang rahim, usus dan beberapa bahagian badan yang lain.

Elyana menghidap kanser limfoma sejak 2012 membuat pendedahan mengenai penyakitnya pada 2017 ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat.

Pelakon filem Dunia Baru The Movie dan Dukun itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010. Mereka dikurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10, dan Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun. BH

Elyana mohon doa, ibu positif COVID-19

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker