Bursa dan Ringgit naik, pelabur tak terkesan PM letak jawatan

Bursa dan Ringgit naik, pelabur tak terkesan PM letak jawatan

Nilai dagangan ringgit yang berakhir tinggi semalam menunjukkan bukti pelabur tidak begitu terkesan dengan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata, meskipun beberapa media melaporkan pasaran saham Malaysia menjunam teruk semalam, ia tidak begitu ketara.

“Indeks Bursa Malaysia sebenarnya tidak bergerak begitu ketara semalam. Penurunan sebanyak 2.21 mata sebenarnya lebih rendah berbanding pasaran saham negara-negara jiran,” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu juga turut berkongsi pautan laporan media ‘The Edge Market’ yang bertajuk “Dagangan ringgit berakhir sedikit tinggi berbanding USD”.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Semalam, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas menerajui negara selama hanya 17 bulan.

Dalam kenyataan, Istana Negara mengumumkan peletakan jawatan Muhyiddin selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tengah hari semalam.

Muhyiddin akhirnya tunduk kepada tekanan selepas 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada beliau dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya pada 7 Julai lalu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dengan indeks utama menokok 0.34 peratus berikutan aktiviti belian saham berharga rendah.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.15 mata kepada 1,508.05 daripada 1,502.90 sewaktu ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 2.37 mata lebih tinggi kepada 1,505.27.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 213 kepada 137, manakala 243 kaunter tidak berubah, 1,607 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Malah, turut menarik perhatian apabila dana asing merupakan pembeli bersih walaupun dalam ketidaktentuan politik. Untuk hari ini, kami jangka dagangan di bursa tempatan akan stabil dan menyaksikan indeks berlegar dalam lingkungan 1,500 hingga 1,510

Bursa dan Ringgit naik, pelabur tak terkesan PM letak jawatan

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker