Belanja RM45 bilion untuk isi rumah dan perniagaan

Belanja RM45 bilion untuk isi rumah dan perniagaan, saran ahli ekonomi

Kemungkinan perubahan dalam kerajaan telah diambil kira dalam pasaran kewangan, justeru, sebarang kemeruapan akibat peletakan jawatan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, adalah singkat, menurut ahli ekonomi.

“Kami sudah menjangkakan kerajaan akan berubah, jadi sebahagian besarnya telah diambil kira dalam pasaran kewangan. Oleh itu, kemeruapan pasaran kewangan akan menjadi singkat dan normal,” kata Geoffrey Williams daripada Universiti Sains dan Teknologi Malaysia kepada FMT.



Katanya, agenda utama kerajaan baharu adalah mengganti anggotanya, terutamanya dalam bidang perubatan, yang gagal menguruskan wabak Covid-19 di negara ini, mengakibatkan krisis ekonomi semakin memburuk.

Kerajaan baharu juga harus segera memansuhkan sekatan pergerakan, langkah “penting bagi kelangsungan ekonomi”, tambahnya.

“Kita berada pada titik kritikal sekarang dengan risiko terjadinya kontraksi yang mendalam.”

Bagaimanapun, tambahnya, sudah ada perubahan positif dalam sikap terhadap langkah-langkah kesihatan awam untuk membendung Covid-19, merujuk kepada pembukaan semula pelbagai kegiatan di lebih banyak negeri dan sektor yang diumumkan baru-baru ini.



Beliau berharap ini akan berterusan agar semua sektor dan negeri akan dapat beransur-ansur dibuka semula.

“Walaupun begitu, apabila kita buka ekonomi, kita akan memerlukan sokongan berterusan bagi isi rumah dan syarikat. Bagi isi rumah, kami berpendapat, wang tunai langsung sebanyak RM1,500 untuk B40 dan M40 (patut diberi) sepanjang tahun ini. Ini akan menelan belanja sekitar RM35 bilion jika bermula pada September.

“Bagi syarikat, kami rasa mengikut jejak langkah Sarawak, yang menawarkan geran pemulihan sebanyak RM10,000 untuk PKS (perusahaan kecil dan sederhana), akan sangat membantu dan akan menelan belanja kurang RM10 bilion. Langkah ini, dan menerima kembali pelanggan, akan mendorong pemulihan,” katanya.

Insentif lain seperti subsidi upah dan geran pengambilan semula pekerja juga perlu diteruskan. Selain itu, kerajaan perlu lebih fokus kepada kesejahteraan sosial, termasuk membangunkan semula dana pencen, membuat perubahan kepada pendidikan dan menyusun semula kesetaraan penjagaan kesihatan dan sosial.



Penganalisis pasaran Danny Wong melihat prospek positif bagi pasaran kerana risiko dan ketidakstabilan politik dijangka bertambah baik, katanya, dan kegiatan ekonomi akan dibuka kembali sebagai hasil vaksinasi yang meluas dan berterusan.

“Pegangan asing (saham) berada pada tahap yang sangat rendah (dan juga mata wang) dan kebanyakan berita buruk sudah diambil kira. Penilaian juga rendah dan nisbah ‘price-to-book’ (PB) dan ‘price-to-earnings’ (PE) kurang jauh daripada kemampuan,” tambahnya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Seorang lagi penganalisis kanan, Christian Fang daripada Moody’s Investors Service, menjangkakan institusi-institusi negara dapat membataskan kesan perubahan politik terhadap dasar makroekonomi dan profil kredit, seperti yang dilakukan ketika berlaku perubahan mendadak dalam politik negara sebelum ini.

Tambahnya, wabak Covid-19 masih menjadi risiko yang lebih besar bagi ekonomi, dengan berkata, lonjakan kes dan sekatan pergerakan yang berterusan akan terus membebani pemulihan ekonomi tahun ini.

Katanya, sebarang rangsangan ekonomi tambahan atau hasil yang rendah, yang akan mencipta defisit fiskal yang lebih luas, mungkin menyebabkan “kenaikan beban hutang kerajaan berterusan” yang tidak akan dapat dipulihkan oleh pihak berkuasa fiskal.

“Ini berpotensi melemahkan profil kredit Malaysia secara material,” tambahnya. FMT



Belanja RM45 bilion untuk isi rumah dan perniagaan

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker