Mek Habshah meninggal dunia

Mek Habshah meninggal dunia

Artis veteran versatil era 1980-an, Mek Habsah atau nama sebenar, Habshah Bakar, 67, meninggal dunia akibat penyakit lemah paru-paru di Institut Perubatan Respiratori (IPR), di sini, pada jam 2.45 pagi tadi.

Cucu Allahyarham Mek Habsah iaitu Huraimi Hilman, 26, berkata, kesihatan neneknya merosot sejak dimasukkan ke IPR pada 12 Julai lalu.

“Selama ini, arwah ada masalah paru-paru dan sentiasa bawa tabung oksigen hasil sumbangan pelbagai pihak ke mana sahaja pergi.

“Selepas sekian lama bergantung dengan alat bantuan pernafasan, doktor sahkan paru-paru nenek semakin lemah.

“Semalam, doktor panggil seluruh ahli keluarga untuk menziarah arwah secara bergilir-gilir.

“Datuk yang menjaga arwah hubungi kami memaklumkan arwah sudah tiada kira-kira jam 2.50 pagi,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Huraimi berkata, jenazah nenek akan dikafan dan disolatkan di Masjid Bilal Bin Rabah, Taman Koperasi Polis, di sini, untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah selepas solat Zohor.

Sementara itu, Huraimi menyifatkan arwah sebagai nenek yang sangat penyayang terhadap cucu-cucunya.

“Arwah tiada anak lelaki. Sebagai cucu sulung, arwah banyak berpesan kepada saya supaya jaga keluarga, adik-beradik dan sepupu.

“Walaupun tegas, arwah penyayang. Sejak tidak lagi aktif dalam bidang seni, arwah banyak mengikuti aktiviti keagamaan.

“Itulah sifat nenek yang banyak beri teladan dalam agama kepada cucu-cucunya,” katanya.

Bintang veteran dikenali menerusi sitkom Salam Pantai Timur itu bukan hanya popular sebagai pelawak, malah turut dikenali sebagai penyanyi dan pelakon pada era 1980-an.

Allahyarham meninggalkan suami, dua cahaya mata perempuan dan sembilan cucu. BH

Mek Habshah meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker