Yusof Haslam risau masa depan industri filem

Kejatuhan industri pawagam dikhuatiri memberi kesan buruk kepada sektor perfileman tempatan yang ditunjangi lebih 20,000 tenaga kerja yang terbabit dalam produksi, kreatif, pengedaran, bakat dan pelbagai kemahiran lain.

Pengasas empayar Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, berkata pembikin filem amat terkesan dengan pandemik COVID-19 apabila pawagam tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebagai pembikin filem, kami amat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang menjejaskan tiga filem terbitan Skop Productions iaitu Abang Long Fadil 3, Polis Evo 3 dan Mat Kilau.



“Kami mengeluarkan modal yang besar iaitu sebanyak RM20 juta untuk penerbitan ketiga-tiga filem terbabit.

 

Syafiq Kyle antara pelakon membintangi Polis Evo 3 yang masih belum ditayangkan. Foto IG Polis Evo 3 Official
Syafiq Kyle antara pelakon membintangi Polis Evo 3 yang masih belum ditayangkan. Foto IG Polis Evo 3 Official

 

“Justeru, saya berharap kerajaan dapat memperhalusi masalah ini sebelum keadaan menjadi lebih parah,” katanya kepada BH Online.



Yusof berkata, kerugian ditanggung pengusaha pawagam sejak pelaksanaan PKP 1.0 hingga ke hari ini perlu diambil kira.

“Tidak mustahil industri pawagam akan lumpuh sepenuhnya dan sukar untuk dipulihkan jika tiada sebarang tindakan diambil kerajaan untuk membantu industri ini,” katanya.-BH

Yayasan Bank Rakyat salur RM100,000 tingkatkan kemahiran suri rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker