Agong panggil semua ketua-ketua parti mengadap hari ini

Sebaran :

Agong panggil semua ketua-ketua parti mengadap hari ini. Ketua parti politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini dipercayai berkaitan isu calon Perdana Menteri baharu.

Menurut sumber, perjumpaan dijangka berlangsung tengah hari yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Perjumpaan di Istana Negara antara ketua-ketua parti dengan Agong. Dua Speaker dijemput,

Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah warkah surat peletakkan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong setelah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Namun, Seri Paduka berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini


Sebaran :

Leave a Reply