Aliff Syukri calonkan diri sebagai PM ke-9
Aliff Syukri calonkan diri sebagai PM ke-9
Penyanyi dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan hasratnya untuk memohon jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi entri Instagram, dia memuat naik satu borang permohonan jawatan tersebut yang lengkap diisi mengenai butiran peribadinya.
Sehubungan itu, dia turut memohon doa warganet agar segala urusannya membuat permohonan tersebut dipermudahkan.
Baca Artikel Menarik :
- Muhyiddin, kemungkinan kembali sebagai PM
- Pas senada dengan Muhyiddin, hentam pemimpin UMNO
- “Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah
- Bagi Azwan melalak dulu, tunggu tindakan saya
- Berpaut pada roda pesawat sebelum terjatuh atas rumah penduduk [VIDEO]
- Dulu tinggal dalam kontena, sekarang jutawan Dolive
- Polis trafik selamatkan 3 beranak dari ‘Kepala Air’
Layari Laman Facebook MYKMU
“Kalau ada rezeki tak kemana, Doakan semuanya dipermudahkan,” coretnya ringkas.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, hasratnya itu mengundang pelbagi reaksi warganet termasuklah ibunya sendiri, Bonda Rozita.
“Ha ha ha bongoklah Kri, cari pasal kena kecam. Mak orang pertama akan memberontak,” tulisnya di ruangan komen.
Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin sah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
Perkara itu dimaklumkan beliau pada satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi, termasuk televisyen dan media sosial. Utusan
Aliff Syukri calonkan diri sebagai PM ke-9