Penyerang Bordeaux rebah di padang

Penyerang Bordeaux rebah di padang

Marseille: Penyerang Bordeaux, Samuel Kalu tiba-tiba rebah di atas padang dalam perlawanan Ligue 1 Perancis dekat Marseille, pagi ini ketika suhu mencecah 30 darjah.

Pemain kebangsaan Nigeria berusia 23 tahun itu pengsan dan rebah di Stade Velodrome pada awal permainan.

Rakan sepasukan yang bimbang segera membantu Kalu dan memanggil pasukan perubatan bagi mendapatkan bantuan.

Selepas berdepan detik mencemaskan, Kalu berupaya bangun dan digantikan Remi Oudin.

Kejadian itu berlaku hanya dua bulan selepas pemain Denmark, Christian Eriksen mengalami cardiac arrest pada perlawanan Euro 2020.

“Insiden membabitkan Kalu menakutkan kami. Ia sentiasa mengejutkan buat penonton dan pemain di padang,” kata Oudin yang turut menjaringkan gol dalam saingan berkesudahan seri 2-2 itu.

“Dengan apa yang berlaku kepada Eriksen di Euro, kami memikirkannya. Semua orang berasa sedikit takut. Bagaimanapun ia berakhir dengan baik.”

“Menurut doktor, ia berkaitan ketidakselesaan tetapi dia semestinya akan menjalani beberapa ujian hari ini.”

Pada Jun 2019, Kalu dimasukkan ke hospital kerana masalah hidrasi ketika latihan bersama skuad Nigeria dekat Mesir berdepan saingan Piala Negara Afrika. HM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Penyerang Bordeaux rebah di padang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker