Parti tentukan calon PM, bukan individu
Parti tentukan calon PM, bukan individu
Calon Perdana Menteri daripada Umno hanya akan ditentukan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dan bukan oleh mana-mana individu, dengan calonnya hanya ditentukan selepas Tan Sri Muhyiddin Yasin sah meletak jawatan.
Perkara itu dinyatakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan difahamkan ia antara yang diputuskan lima pemimpin tertinggi Umno dalam mesyuaratnya petang semalam.
“MKT akan tentukan (siapa calon Perdana Menteri),” katanya ketika diminta mengesahkan sama ada pertemuan pemimpin utama Umno di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato’ Onn semalam memutuskan sebarang nama untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.
Pertemuan yang berlangsung lewat petang semalam itu dihadiri sendiri Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Selain itu, turut hadir dalam mesyuarat itu, tiga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Mohamed Khaled sendiri serta tanpa kehadiran pemimpin lain.
Ditanya sama ada MKT khas Umno akan bermesyuarat petang ini, Mohamed Khaled menyatakan ia belum dapat dipastikan.
“Balum pasti lagi,” katanya ringkas.
Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Mohd Sumali Reduan ketika mengesahkan pertemuan pemimpin utama itu semalam, turut memaklumkan Umno belum ada perancangan untuk mengadakan mesyuarat MKT.
“Tak ada lagi setakat ini,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Umno mengadakan mesyuarat MKT sebaik Muhyiddin meletak jawatan hari ini.
Namun difahamkan, mesyuarat MKT khas itu akan berlangsung petang ini dengan agenda utamanya bagi menamakan individu sebagai calon Perdana Menteri untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong.
Baca Artikel Menarik :
- Ahli Parlimen Umno pro-Muhyiddin kini tersepit
- Pertemuan Ismail, Hamzah di Royal Chulan bentuk kerajaan baharu?
- UMNO terbuka terima MP tersasar kembali ke pangkuan parti
- PAS tak pernah serang Umno, cuma cubit-cubit sayang
- Muhyiddin Sah Letak Jawatan Esok
- Azwan Ali nak sound Munkar Nankir (Video)
- Resepi Ayam Masak Bali Mantap
Layari Laman Facebook MYKMU
Sebaik nama calon Perdana Menteri dipersembah kepada Agong, terserah kepada baginda untuk membuat penilaian pemimpin berkenaan mempunyai majoriti sokongan Ahli Parlimen atau sebaliknya.
Semalam, Ismail Sabri dilaporkan mengadakan beberapa pertemuan antaranya dengan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum menemui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di kediamannya di Sri Kembangan.
Pertemuan itu antara lain dipercayai bagi mendapatkan sokongan bagi beliau dinamakan sebagai calon Perdana Menteri untuk dipersembah kepada Agong.
Hari ini, tumpuan kemelut politik negara terarah kepada mesyuarat Kabinet terakhir sebelum Muhyiddin dijangka mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dijangka tengahari ini. HM
Parti tentukan calon PM, bukan individu
Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM
You must be logged in to post a comment.