Bekas pemain Wallaby Kefu cedera ditikam

Bekas pemain Wallaby Kefu cedera ditikam

SYDNEY: Pemenang Piala Ragbi Dunia dan jurulatih kebangsaan Tongsa, Toutai Kefu dilaporkan cedera akibat ditikam di bahagian perut dalam kejadian pecah rumah di rumahnya awal Isnin.

Menurut laporan media Australian, kejadian berlaku di rumahnya di Brisbane.



Kefu, 47, dikejarkan ke hospital bersama tiga lagi ahli keluarganya selepas insiden berkenaan, lapor Australian Broadcasting Corp.

Polis Queensland berkata dalam satu kenyataan, empat penghuni di rumah berkenaan dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan manakala salah seorang daripada mereka, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an, dalam keadaan kritikal.

“Dua lelaki telah ditahan susulan kejadian pecah rumah di Coorparoo pagi ini.

“Siasatan awal mendapati beberapa lelaki telah memasuki rumah terbabit dan empat individu di dalam rumah itu cedera selepas berlaku pergelutan,” kata kenyataan itu.

Kefu yang memakai jersi nombor lapan merupakan pemain tunggak Wallabies semasa zaman kegemilangan pasukan ragbi Australia selain menjadi pemain utama yang membantu negara berkenaan memenangi Piala Dunia 1999.



Dia dilantik sebagai jurulatih Tonga dan berjaya membawa pasukan berkenaan ke peringkat akhir Piala Dunia Ragbi 2019.

Bekas pemain Wallaby Kefu cedera ditikam


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mengata Dulang Paku Serpih… Tuduh UMNO Jajaran Baru Bersama DAP Tapi Akhirnya…



Kelonggaran bagi perniagaan beroperasi ‘sabotaj’ kerajaan berikutnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker