2 parti besar Melayu UMNO, PAS serta parti serpihan adakan mesyuarat khas

2 parti besar Melayu UMNO, dan PAS serta parti serpihan adakan mesyuarat khas. Beberapa parti politik mengadakan mesyuarat khas susulan perkembangan politik negara, hari ini.

Anggota Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, ketika dihubungimengesahkan wakil-wakil rakyat PAS mengadakan perjumpaan khas.

“Ya, ada perjumpaan khas (wakil rakyat PAS),” katanya ringkas.

Perkara sama turut disahkan Anggota Parlimen Tumpat daripada parti itu, Che Abdullah Mat Nawi. Dia bagaimanapun dia tidak dapat hadir kerana masih menjalani kuarantin kendiri.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah perkenan menerima peletakkan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta anggota kabinetnya.

Ia selepas anggota Parlimen Pagoh itu hilang majoriti sokongan sekali gus menyaksikan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri ‘caretaker’ atau sementara sehingga perdana menteri baru dilantik.

Sementara itu biro politik Umno turut mengadakan mesyuarat, petang ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dijangka bagi membincangkan hala tuju parti.

Dalam perkembangan sama Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan memaklumkan majlis pimpinan tertinggi parti itu turut mengadakan mesyuarat secara dalam talian, petang ini.

“Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga sedang bermesyuarat atas talian mengenai langkah seterusnya. Ahli-ahli Bersatu diseru bertenang dan memberi kepercayaan kepada pimpinan.

“Saya jangka timbalan presiden akan membuat pengumuman setelah keputusan dicapai,” katanya dalam kenyataan media.

2 parti besar Melayu UMNO, dan PAS serta parti serpihan adakan mesyuarat khas


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Langkah Sheraton yang berakhir dengan Langkah Terdesak

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker