Betty Rahmad pakai tudung pun kena kecam

Sebaran :

Betty Rahmad pakai tudung pun kena kecam

Jangan buat kami takut buat kebaikan – Betty Rahmad

Pelakon, Betty Rahmad, 40, memohon agar semua pihak dapat mendoakan yang baik selain memberi peluang buat seseorang yang mahu berubah ke arah kebaikan tanpa meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi.

Menurut Betty, setiap manusia, masing-masing melalui proses mengikut daya usaha mereka sendiri dan seharusnya warga net tidak mudah menghukum buat insan yang mahu melakukan hijrah kebaikan seperti dirinya.

“Orang putih kata past is past (yang lepas itu, lepas). Ustazah saya cakap, dari mana kita mula tidak penting tapi pengakhirannya penting.

“Kenapa saya dan rakan artis lain seronok mengaji dan baca kitab dengan ustazah kami? Kenapa saya boleh buat penghijrahan ini? Sebab ustazah buat kami nampak Islam itu mudah. Buat kami rasa Allah sayang kami yang jahil ini.

“Ustazah tak pernah menghukum kami. Tak pernah bercerita pasal orang lain meskipun untuk dijadikan contoh. Sebab itu hari-hari rasa teruja nak mengaji, baca kitab dengan rela hati,”katanya dalam satu perkongsian di Instagram hari ini.

Menerusinya juga, Betty berharap agar semua pengikut dan warga net memberi peluang buat dirinya untuk berubah secara perlahan-lahan dengan langkah satu persatu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Jangan letak jangkaan tinggi pada orang macam kami. Jangan buat kami takut untuk buat kebaikan. Kalau sayang, doakan.

“Untuk saya bertudung sedangkan bertahun-tahun hidup atas pujian orang cakap rambut cantik pastun siap jual produk rambut sendiri, stok pun berlambak lagi.Boleh bayangkan tak? Tetapi ini yang saya nak. Saya percaya pada rezeki Allah dan berada di jalan yang betul.

“Saya perlukan banyak benda dalam hidup ini, bukan sekadar luaran. InsyaAllah,”katanya.

Dalam pada itu, Betty berharap semua pihak dapat mendoakan dirinya istiqamah dalam bertudung dan mencuba menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini.

Perkongsian Betty tersebut juga mendapat sokongan dan komen daripada rakan-rakan artis lain dengan antara nya ialah Nabila Huda, Sharifah Amani,Puteri Aishah, Tiz Zaqyah, Mimi Lana dan ramai lagi.

Terdahulu, kelmarin Betty mengumumkan kini berimej baharu dengan bertudung sempena mengambil keberkatan kedatangan Awal Muharam baru-baru ini.

Menurut Betty,hatinya mula terdetik untuk melakukan perubahan setelah melihat anaknya, Ardy Wira yang kini berusia lebih dua tahun sudah lancar mengaji Iqra selain terjentik hati menerusi bacaan surah Al-Waqiah dan Ar-Rahman dalam Al-Quran. Utusan

Betty Rahmad pakai tudung pun kena kecam

Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’


Sebaran :

Leave a Reply