Tiada lagi talian hayat dan keajaiban buat ‘Mahiaddin Md. Yasin’

SELEPAS hampir dua minggu ribut politik tanah air, nampaknya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya petang tadi terpaksa meletakkan takdir dan nasib kepimpinan beliau kepada ahli parlimen di luar Perikatan Nasional (PN) atau lebih tepat lagi pemimpin pembangkang.

Walaupun pada minggu lalu, Muhyiddin dalam satu sidang media mengakui masih mempunyai mempunyai majoriti, namun Presiden Bersatu itu mengetahui beliau berpaut di dahan yang sangat rapuh.

Harapan beliau kepada pemimpin UMNO ternyata bertitik noktah. Satu demi satu Ahli Parlimen UMNO beralih sokongan dan dua menteri telah meletakkan jawatan.

Persoalannya, kenapa semalam  Muhyiddin terpaksa membuat tawaran kerajaan bi-partisan dengan pembangkang?



Ya tidak lain dan tidak bukan, ini kerana jumlah yang menyokong Muhyiddin kini cuma tinggal 100 ahli Parlimen manakala jumlah yang tidak menyokong Muhyiddin sudah mencecah 120 orang.

Dan sidang media tadi sememang mengesahkan Muhyiddin sudah hampir terpaksa mengibarkan bendera putih kerana sudah tidak mempunyai majoriti.

Bagaimanapun, satu isu lain yang mungkin memanjangkan sedikit hayat Muhyiddin buat masa ini ialah siapa PM selepas ini.

Ini kedudukan terkini sokongan terhadap Muhyiddin yang memaksa beliau kini perlu mencari sokongan rakan bi-partisan di luar PN.



Ini kedudukan terkini sokongan terhadap Muhyiddin yang memaksa beliau kini perlu mencari sokongan rakan bi-partisan di luar PN

 

Ini kerana dalam 120 orang ahli Parlimen yang terdiri daripada PH, Pejuang, Warisan dan 15 ahli Parlimen UMNO, masing-masing mempunyai PM pilihan sendiri.

Ini mungkin menyebabkan tidak ada satu pun ahli Parlimen baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Zahid Hamidi, Tun Dr Mahathir Mohamed atau Tengku Razaleigh Hamzah memiliki 112 undi majoriti.



Lantas, menuju ke garisan akhir yang paling kritikal, Muhyiddin melakukan tawaran mega yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana PM termasuklah Pakatan Harapan sendiri sebelum ini.

Menurut ahli sains politik, Profesor Wong Chin Huat, Muhyiddin menawarkan banyak reformasi institusi yang sebahagiannya memang dituntut oleh pembangkang termasuklah pembiayaan yang sama untuk semua ahli politik, had penggal pentadbiran PM, undang-undang anti-lompat parti, pelaksanaan Undi18 dan peningkatan status Ketua Pembangkang kepada Menteri Kanan.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga memperkenalkan tiga perubahan baharu dalam politik Malaysia iaitu perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA), undi konstruktif tanpa keyakinan dan tarikh pilihan raya yang dipercepatkan.

Katanya, sekiranya PH-UMNO dapat memberikan tawaran yang lebih baik daripada Muhyiddin, maka Malaysia akan menang.



“Namun jika PH-UMNO gagal, Malaysia mungkin melihat di bawah Muhyiddin beberapa pembaharuan yang gagal dilaksanakan oleh PH sebelum ini.

“Ini membuktikan dua perkara dalam politik pertamanya yang paling penting bukanlah nilai, tetapi keadaan dan akibat atau kesan (selalunya kesan tidak baik) tidak disengajakan tidak boleh diketepikan atau dikecualikan,” kata penganalis politik yang khusus dalam sistem pilihan raya, politik parti dan demokrasi berparlimen.

Dalam tempoh beberapa hari ini adalah tempoh paling kritikal buat politik Malaysia. Adakah Muhyiddin dan PN akan menjadi kerajaan paling pendek berkuasa di Malaysia cuma sekitar 17 bulan?

Dan adakah Malaysia akan menyaksikan negara buat pertama kali dalam sejarah juga bertukar dan mempunyai tiga buah kerajaan dalam satu penggal.




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Game Plan Terbaru Muhyiddin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker