Muhyiddin jangan rampas kuasa Agong

Muhyiddin jangan rampas kuasa Agong

UMNO menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada lagi keabsahan untuk menjalankan tugas-tugas selaku Perdana Menteri yang sah sebagaimana Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keadaan itu berlaku selepas Perdana Menteri secara terbuka membuat pengakuan bahawa beliau sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.



Tambah beliau, Ahli Parlimen Pagoh itu tidak wajar merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan urusan pelantikan Perdana Menteri.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“UMNO tidak boleh mempertimbangkan segala tawaran daripada seorang yang sudah tiada keabsahan apatah lagi bersifat sogokan terbuka dan terdesak hanya untuk memanjangkan hayat politiknya.



“Justeru, UMNO menasihatkan agar rakyat dapat bertenang sehingga Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas dan tanggungjawab Perlembagaan di bawah Perkara 40(2) untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu dari kalangan Ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada 15 Ahli Parlimen UMNO yang setia dan istiqomah mempertahankan pendirian parti untuk terus membela Institusi Raja dan Perlembagaan Negara. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Muhyiddin jangan rampas kuasa Agong

Game Plan Terbaru Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker