Messi, Neymar, Mbappe trio gila PSG

Messi, Neymar, Mbappe trio gila PSG

LIONEL Messi sudah tidak sabar untuk membentuk gandingan bersama-sama Neymar dan Kylian Mbappe yang disifatkannya trio serangan ‘gila’.

“Ia sangat gila. Berkongsi setiap hari dalam hidup bersama mereka, bersama semua pemain dalam skuad ini, terdapat beberapa perpindahan yang luar biasa, jadi ini adalah sebuah pasukan yang menakjubkan.



“Saya sangat tidak sabar untuk mula menjalani latihan dan mula bermain. Saya akan bermain bersama-sama dengan pemain-pemain terbaik dunia. Ini adalah satu pengalaman yang menarik untuk berpeluang melaluinya,” kata Messi.

Terdahulu, kapten Argentina itu menandatangani kontrak selama dua tahun bersama PSG selepas dia mengakhiri kariernya selama 21 tahun di Barcelona.

Meskipun Messi berhasrat untuk kekal di Camp Nou, Barcelona gagal untuk menawarkannya kontrak baharu disebabkan masalah kewangan.

Perpindahan Messi ke Paris menyaksikan dia akan bergandingan semula dengan Neymar – bekas rakan sepasukannya di Barcelona.



Kedua-dua bintang sensasi itu akan membentuk trio serangan yang luar biasa bersama Mbappe yang juga bintang muda Perancis.

“Semua perkara yang berlaku kepada saya ini dalam masa seminggu adalah sesuatu yang pelik. Ia sangat sukar, sangat cepat, dan ia sangat beremosi. Sinar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Messi, Neymar, Mbappe trio gila PSG


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker