Mbappe minta keluar dari PSG

Sebaran :

Mbappe minta keluar dari PSG

PARIS: Semuanya tampak indah di Paris Saint-Germain (PSG) selepas ketibaan Lionel Messi di kelab berkenaan, namun seorang daripada pemain paling dihargai di kelab berkenaan tidak mahu menjadi sebahagian daripada perancangan menjadikan Messi rasa selesa di ‘rumah baharunya’.

Menurut L’Equipe, bintang Perancis, Kylian Mbappe sudah memberitahu pengurusan tertinggi dia tidak berminat bermain bersama bintang Argentina itu.

Wartawan Perancis, Thibaud Vezirain berkata, Mbappe bersedia untuk keluar dari PSG dengan alasan dia tidak mahu bermain bersama Messi.

“Kylian Mbappe mahu meninggalkan kelab. Dia meminta bonus keluar dari pasukan dan dia tidak mahu menyambung kontraknya. Sama ada dia berpindah ke Real Madrid musim panas ini atau menyertai mereka secara percuma musim depan.

“Dia sudah memberitahu pasukan dia tidak berminat bermain dengan Messi,” kata Vezirain dalam L’Equipe.

Laporan berkenaan tampak mengejutkan bagi banyak pihak ketika PSG mengumumkan ketibaan Messi dengan beberapa video menunjukkan jersi Neymar dan Mbappé diletakkan berdekatan Messi dalam bilik persalinan.

Ketika ini Mbappé tampak menjadi antara pemain PSG yang tidak menyambut kehadiran bintang Argentina itu menerusi media sosial.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi sebelum ini menyatakan tiada sebab Mbappé akan meninggalkan kelab itu musim panas ini kerana mereka sudah memenuhi semua kehendaknya untuk penyambungan kontrak. BH

Mbappe minta keluar dari PSG


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?


Sebaran :

Leave a Reply