Jangan benarkan sekolah dibuka 1 September – Tok Mat

Jangan benarkan sekolah dibuka 1 September – Tok Mat

TARIKH 1 September sudah tidak lama, kira-kira tiga minggu sahaja lagi. Sebab itu, di media sosial dan kumpulan WhatsApp, antara topik utama ibu bapa adakah wajar sekolah sekolah dibuka mulai tarikh berkenaan.

Ini berikutan penularan COVID-19 masih belum reda dengan program vaksinasi COVID-19 sedang rancak berlangsung.

Justeru, bagi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, keputusan Kementerian Pendidikan untuk membuka semula sekolah pada 1 September akan datang harus dipertimbangkan semula.

Katanya, ini memandangkan bilangan kes COVID-19 di Malaysia berada pada tahap yang tertinggi pernah direkodkan.

Ujar Mohamad, negeri seperti Selangor terus merekodkan jumlah kes yang sangat tinggi, melebihi 6,000 kes sehari secara konsisten manakala Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan, jumlah kes harian yang dicatat juga dilihat semakin meningkat.

“Membenarkan anak-anak kita kembali ke sekolah dalam keadaan sebegini bukan sahaja sangat berisiko, tetapi adalah tindakan culas dan tidak bertanggungjawab.

“Apa lagi bila immunisasi ratusan ribu guru masih lagi belum menyeluruh. Kerajaan juga belum lagi melaksanakan imunisasi kepada remaja berumur 12 ke 18 tahun.

“Jika keputusan pembukaan sekolah secara menyeluruh dan secara serentak ini dilaksanakan juga, maka ia secara langsung akan meletakkan sistem kesihatan kita pada tahap kelumpuhan yang serius,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Justeru, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menggesa kerajaan supaya berhenti dari membuat segala keputusan yang akhirnya mengancam kesihatan dan keselamatan pelajar, guru-guru dan keluarga serta masyarakat.

Walaubagaimanapun, katanya, bagi kawasan dan negeri yang berisiko rendah dan mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi, pembukaan sekolah secara berperingkat boleh dipertimbangkan seperti di Perlis, Sarawak serta Labuan.

“Bagi negeri lain, pembelajaran secara maya mesti diteruskan dan ditambah nilai buat waktu ini.

“Keputusan Kementerian mesti disesuaikan dengan data dan kedudukan jangkitan serta vaksinasi. Pendekatan ‘one size fits all’ dalam keadaan yang sangat luar biasa seperti sekarang mesti dihentikan,” kata Ketua Pembangkan DUN Negeri Sembilan itu. Utv

Jangan benarkan sekolah dibuka 1 September – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker