Rara kesal gambarnya digunakan pada produk tenaga seksual

Rara kesal gambarnya digunakan pada produk tenaga seksual

AHLI Dewan Undangan Negeri Ketari dari DAP Young Syefura Othman mengancam untuk mengambil tindakan terhadap pemilik sebuah akaun Facebook kerana menggunakan gambarnya sebagai iklan melaris jualan ubat bagi menguatkan tenaga seksual

Menurut Young Syefura, gambar beliau telah digunakan oleh pemilik akaun tersebut tanpa kebenaran dirinya.
Wakil rakyat DAP itu berkata, beliau tidak akan bersabar dengan mana-mana pihak yang menggunakan fotonya tanpa sebarang kebenaran.



Serentak itu dia turut meminta pengikut Facebooknya untuk melaporkan akaun dan hantaran berkenaan untuk diambil tindakan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Gambar saya ini telah digunakan tanpa kebenaran saya. Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun ini. Saya juga memohon kepada semua untuk melaporkan akaun dan post ini.



Saya juga ingin tegaskan di sini saya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang menggunakan gambar saya tanpa kebenaran saya,” katanya.
Iklan berkenaan memaparkan gambar seorang wanita memakai pelitup hidung.

Pada iklan itu turut dipaparkan beberapa logo termasuk logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Rara kesal gambarnya digunakan pada produk tenaga seksual

Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker