70 ibu hamil maut akibat Covid-19 sehingga 9 Ogos

70 ibu hamil maut akibat Covid-19 sehingga 9 Ogos lalu, kata KP Kesihatan

Sebanyak 70 kes kematian ibu hamil disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan sehingga 9 Ogos lalu, berbanding tiada kes kematian kumpulan itu sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bermula Mac 2020 hingga Jun 2021, sejumlah 3,396 kes Covid-19 berlaku dalam kalangan ibu hamil di seluruh negara.



“Dianggarkan hampir 1% ibu hamil di Malaysia dijangkiti Covid-19. Jumlah kes dilaporkan semakin meningkat bermula Oktober 2020, dengan purata 200 kes jangkitan sebulan di mana lonjakan kes dapat dilihat pada Mei 2021 (sebanyak 850 kes) dan Jun 2021 (sebanyak 899 kes).

“Peratus ibu hamil yang dijangkiti Covid-19 yang menerima penjagaan rawatan rapi telah meningkat dari 3% pada 10 Julai 2021 kepada 5.3% pada 7 Ogos 2021,” katanya dalam kenyataan.

Noor Hisham berkata, analisa terperinci menunjukkan nisbah kes ibu hamil dijangkiti wabak berkenaan yang menerima rawatan rapi, berbanding jumlah pesakit Covid-19 kritikal adalah 1 dalam 20.

Katanya, nisbah ini jauh lebih tinggi, berbanding nisbah jangkitan ibu hamil dalam populasi umum iaitu 1 dalam 220 kes.



“Bagi tahun ini, purata kes Covid-19 bagi Januari 2021 sehingga Mei 2021 membabitkan sebanyak dua kes pada setiap bulan.

“Bagaimanapun, berlaku peningkatan kes kematian mendadak dilaporkan sejak Jun lalu iaitu sebanyak 17 kes kematian,” katanya.

Beliau berkata, data menunjukkan dua kes daripada jumlah berkenaan telah menerima dos pertama vaksin, manakala sebanyak 15 kes yang lain tidak menerima vaksin.

Jelasnya lagi, berdasarkan maklumat, sebanyak 47% daripada kes kematian dilaporkan mempunyai komorbid.



“Sehingga 8 Ogos 2021, seramai 146,759 ibu hamil telah mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksin Covid-19, sejak kempen imunisasi dimulakan pada akhir Jun 2021. Daripada jumlah itu, seramai 83,251 (57%) ibu hamil telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 20% ibu hamil telah lengkap menerima dua dos vaksin. Berdasarkan anggaran ibu hamil setahun, peratus ibu hamil yang mendaftar mendapatkan vaksin di aplikasi MySejahtera masih rendah iaitu sebanyak 40%. FMT

70 ibu hamil maut akibat Covid-19 sehingga 9 Ogos


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker