Pemimpin Umno terus lobi lantik PM interim
Pemimpin Umno terus lobi lantik PM interim
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Sharkar Shamsudin berkata negara memerlukan perdana menteri interim bagi mengelakkan krisis perlembagaan dan politik yang “kian parah”.
Menurutnya, dengan adanya perdana menteri interim dan kerajaan interim, negara dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam mengendalikan pandemik Covid-19.
“Sudah tiba masanya perdana menteri interim (sementara) dilantik bagi mengelak negara diletakkan dalam krisis perlembagaan sementara menunggu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan datang.
“Ini masanya semua pemimpin politik tidak kira dari kerajaan atau pembangkang untuk menyokong melantik perdana menteri interim bagi memberi tumpuan dan memastikan usaha vaksinasi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
“Dengan adanya perdana menteri interim, akan wujud juga kerajaan interim yang fokusnya untuk tangani Covid-19, mempercepatkan program vaksinasi dan membantu kebajikan rakyat yang terkesan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, ia dapat meredakan suhu kemelut politik berpanjangan.
Sharkar berkata, menurut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, sekiranya perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, dia boleh meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
Tambahnya, memandangkan pandemik, Agong boleh menggunakan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, iaitu tidak memperkenankan permintaan pembubaran parlimen dan Perkara 40(1) – melantik perdana menteri baru yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
“Selepas tiga perkara itu dicapai dan negara telah mencapai imuniti kelompok, maka perdana menteri interim mesti menasihati Agong untuk membubarkan parlimen bagi diserahkan mandat kembali kepada rakyat untuk diadakan PRU-15,” katanya.
Untuk rekod, sebelum ini ahli MKT Umno, Johari Abdul Ghani turut menyuarakan perkara yang sama bahawa pembangkang mahupun kerajaan perlu menyokong pelantikan perdana menteri sementara, memandangkan negara berdepan pelbagai krisis termasuk perlembagaan, kesihatan, ekonomi dan politik.
Johari yang juga merupakan bekas menteri kewangan II dalam bebenang ciapannya berkata, pelantikan tersebut bertujuan supaya program vaksinasi negara tidak terjejas dengan kemelut sedia ada. Mk
Pemimpin Umno terus lobi lantik PM interim
Baca Artikel Menarik :
- MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks
- Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid
- Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun
- Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar
- Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama
- Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler
Layari Laman Facebook MYKMU