18 individu leka berparti diserbu polis

18 individu leka berparti diserbu polis

KUALA LUMPUR – Sekumpulan individu termasuk empat wanita warga asing yang sedang leka berhibur dikejutkan dengan kehadiran pihak polis dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, Kepong di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul susulan maklumat yang diterima.



“Semasa serbuan dibuat, bunyi muzik kuat sedang dimainkan serta kesemua suspek sedang minum minuman keras dan pemeriksaan lanjut telah menemui satu peket plastik berisi serbuk disyaki dadah jenis MDMA dianggarkan seberat 27.50 gram.

“Pihak polis seterusnya menahan 11 lelaki dan tiga wanita tempatan serta empat wanita warga asing yang berumur di antara 19 hingga 42 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Eng Lai, siasatan awal mendapati salah seorang daripada tahanan yang berusia 27 tahun adalah penganjur parti liar berkenaan dan mengenakan kadar bayaran sebanyak RM150 bagi sewaan setiap bilik untuk tiga jam.

“Suspek yang tidak bekerja juga didapati mula menjalankan aktiviti ini pada awal Ogos lalu dengan mengiklankannya menerusi aplikasi WeChat.



“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati seramai 12 orang saspek positif dadah amphetamine, methamphetamine dan ketamin, manakala enam saspek lagi negatif dadah,” jelas beliau.

Eng Lai berkata, permohonan reman akan dipohon hari ini dan Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua saspek turut dikompaun di bawah Peraturan 17, Peraturan — Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (PPN) 2021 atas kesalahan mengadakan aktiviti tersebut,” tegas beliau. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

18 individu leka berparti diserbu polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker