2,107 kes Covid-19 dilaporkan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 2,107 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,448,004 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 16 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 6,890 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,366,951 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (1,040 kes), Kuala Lumpur (191 kes), Pulau Pinang (146 kes), Perak (123 kes), Negeri Sembilan (120 kes) dan Johor (111 kes).

“Seterusnya, Melaka (91 kes), Sarawak (66 kes), Pahang (61 kes), Sabah (48 kes), Kedah (43 kes), Putrajaya (26 kes), Terengganu (22 kes), Kelantan (15 kes), Perlis (empat kes) serta tiada kes di Labuan,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak lima kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,547 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,521 kes.

Sebanyak 45,506 kes aktif dilaporkan melibatkan 44,214 kes dikuarantin di rumah, 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,190 kes di hospital, 24 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 45 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker