‘Kembar’ arwah Siti Sarah tular dalam Facebook

‘Kembar’ arwah Siti Sarah tular dalam Facebook

Seorang wanita yang menggunakan nama akaun Facebook Bunga April menjadi tular dalam laman sosial apabila memiliki wajah yang sangat mirip dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

‘Kembar’ isteri kepada pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu itu tular selepas gambarnya dikongsi seorang jurusolek bernama Rizuan Jazuli yang pernah menatarias wajahnya sekitar 2018.

“Tiba-tiba naik dekat notifikasi Instagram saya gambar ketika menyolek kakak Bunga April yang kelihatan seiras dengan Siti Sarah.

“Allahuakbar. Memang seiras sangat. Kalaulah anak arwah nanti nak tengok mak dia, boleh akak pergi jumpa sekejap,” tulis Rizuan dalam Facebooknya.

Sementara itu, hasil tinjauan Kosmo! dalam Facebook Bunga April mendapati, wanita yang dipercayai menetap di Melaka itu mengakui telah menerima banyak permintaan untuk menjadi rakannya dalam Facebook hari ini selepas tular wajahnya yang seiras Siti Sarah.

“Ramainya nak tambah jadi kenalan. Mungkin muka seakan-akan sama Allah SWT jadikan. Tapi saya tidak sehebat arwah.

“Dia sangat mulia di sisi pencipta-Nya. Sangat jauh berbeza akhlak dia (Sarah) dengan saya (sambil menangis). Terima kasih kepada yang ‘add’. Salam perkenalan,” tulis Bunga.

Rata-rata pengguna Facebook turut berasakan bahawa wajah wanita itu memang kelihatan hampir 100 peratus persis penyanyi terkenal menerusi lagu Kesetiaan itu.

“Subhanallah, memang kelihatan sangat mirip. Kuasa Allah SWT,” komen salam seorang pengguna Facebook.

Bagaimanapun, ramai juga dalam kalangan pengguna Facebook menasihatkan netizen lain supaya tidak berlebih-lebih dan menghormati dan menjaga hati kedua-dua keluarga belah pihak, terutama keluarga Shuib kerana baru kehilangan insan tercinta.

“Hormat keluarga Shuib dan anak-anak. Serta hormat juga pada suami kakak itu. Janganlah jadi netizen yang memandai-mandai,” komen seorang pengguna.

Hari ini, seluruh negara terutama keluarga dan peminat Siti Sarah berduka apabila penyanyi itu menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tiga hari ditidurkan akibat jangkitan Covid-19.

Pada 7 Ogos lalu, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan koma menerusi pembedahan bagi mengelakkan risiko, namun kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya. K Online

‘Kembar’ arwah Siti Sarah tular dalam Facebook


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker