Serangan di barat laut Syria ragut 4 nyawa kanak-kanak

Serangan artileri oleh kerajaan Syria mengorbankan empat kanak-kanak di kubu terakhir yang dikuasai pemberontak.

Kumpulan penyelamat dikenali sebagai White Helmet berkata, peluru artileri itu mendarat di kawasan perumahan di kampung Qastoun, sebelah barat wilayah Hama mencederakan lima mangsa daripada keluarga yang sama.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) mengesahkan kematian itu, melaporkan bahawa lima ahli keluarga yang lain cedera.

Serangan itu adalah sebahagian dari peningkatan ketenteraan yang sedang berjalan di wilayah barat laut Syria – yang berada di bawah gencatan senjata dikuasai oleh Rusia dan Turki sejak tahun lalu.



Wilayah Idlib mempunyai sekitar hampir tiga juta orang, dua pertiga dari mereka berhijrah dari wilayah lain ketika perang saudara selama sedekad.

Ia dikuasai oleh bekas sekutu al-Qaeda Syria tetapi pemberontak serta kumpulan militan lain turut hadir di kawasan berkenaan. Agensi

Serangan di barat laut Syria ragut 4 nyawa kanak-kanak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Permudahkanlah Urusan Untuk Bantu Rakyat – Asyraf



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker