Selagi isu keabsahan tak selesai, selagi itu kerajaan hilang fokus isu COVID-19
RAMAI juga yang tidak berpuas hati apabila saya dan beberapa rakan NGO lain menyatakan agar Parlimen perlu bersidang dalam masa terdekat, bukannya menunggu bulan September. Namun, mungkin ramai antara mereka yang tidak membaca penuh kenyataan kami itu sehingga menimbulkan salahfaham yang tidak sepatutnya.
Mesej utama yang ingin dinyatakan ialah, agar pembuktian keabsahan dapat berlaku dengan segera memandangkan Perdana Menteri telah mengumumkan mereka masih ada majoriti dan kerajaan sendiri sudah menyahut cabaran untuk undi percaya di parlimen.
Kami berpendapat, selagimana isu keabsahan ini tidak selesai, maka selagi itulah ketidakstabilan yang melampau terus berlaku. Akhirnya, fokus kerajaan untuk melaksanakan program-program rakyat terutamanya dalam menyelesaikan krisis kesihatan kerana penularan COVID-19 akan sentiasa hilang fokus dan akhirnya gagal.
Ini semua berpunca dari perangai ahli-ahli politik kita juga, yang tidak mampu mengenepikan isu politik untuk menyelesaikan apa-apa isu negara yang lebih besar seperti COVID-19. Kalaulah masing-masing berjiwa besar dan waras, tidak berlakulah kekusutan ini.
Cuba renungkan kembali, belum sampai satu minggu lagi pun. Betapa banyaknya kekacauan dan polemik politik yang berlaku berkaitan dengan isu keabsahan kerajaan setiap hari. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana rakyat boleh hadapi kekalutan dan drama yang sama untuk lebih sebulan lagi.
Dalam waktu sebulan kekalutan dan drama itu, berapa ramai lagikah yang akan merana dan mati kerana kegagalan kerajaan untuk meletakkan jiwa raga mereka bagi menyelesaikan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku akibat ketidakstabilan politik; hanya kerana isu keabsahan?
Saya sekali lagi ingin ingatkan yang saya bercakap perkara ini berdasarkan kenyataan Perdana Menteri bahawa mereka masih ada majoriti, dan mereka memang tidak takut membuktikan di Parlimen. Maka, ianya perlu diselesaikan segera dan ‘move on’ bagi fokus menyelesaikan isu rakyat; melainkan jika semua yang diucapkan adalah retorik belaka.
Bukan itu sahaja, kita telah mengutarakan beberapa cadangan susulan bagi menjamin kestabilan, walau apa sahaja keputusan yang lahir dari sidang parlimen itu nanti:
1. YDPA dengan sokongan Majlis Raja-Raja, dengan nasihat kerajaan atau pun sebaliknya untuk untuk mengiystiharkan Darurat POLITIK di bawah Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan selama 6-8 bulan.
2. Menubuhkan sebuah jawatankuasa seperti MAGERAN tanpa mana-mana keahlian ahli politik dan fokus pada pemulihan ekonomi dan kesihatan negara akibat pandemik. Jawanankuasa ini juga boleh menggunakan kuasa darurat untuk melakukan perubahan dan reset pada sistem ekonomi , kewangan, dan politik selain sistem kesihatan dalam masa yang singkat dan serta merta.
3. Parlimen juga boleh terus memainkan peranan dan wakil rakyat boleh terus berkhidmat dan melakukan persediaan PRU-15 di samping melakukan tugas semak dan imbang buat sementara waktu.
4. Jawantankuasa ini akan terbubar selepas tamat tempoh yakni selepas immuniti kelompok telah berjaya dicapai.
Kepada pihak kerajaan, tolonglah teliti cadangan ini (atau mana-mana cadangan lain dari rakyat) kerana sejujurnya rakyat tidak nampak langsung ada sebarang pelan yang konkrit dari kerajaan bagi menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku pada hari ini.
Wallahu’alam.
Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
8 Ogos 2021
Baca Artikel Menarik :
- Jawapan Najib kepada formula Muhyiddin
- Murshidul Am PAS yakin Muafakat Nasional mampu diselamatkan
- Yang sokong, yang ‘misteri’ dan yang ‘serabut’ telah terjawab
- Rasuah punca pemimpin rosak, tak amanah
- Alhamdulillah… Siti Sarah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Namun Beliau Masih Kritikal [VIDEO]
- Resepi Nasi Lemak Strawberi Extra Special
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.