Jenazah Siti Sarah dijangka dikebumi di Gombak

Sebaran :

Jenazah Siti Sarah dijangka dikebumi di Gombak

Jenazah Allayarhamah Siti Sarah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selepas semua urusan di hospital diselesaikan.

Bagaimanapun, Kosmo! difahamkan waktu pengkebumian jenazah belum dimaklumkan dan diketahui secara terperinci buat masa ini.

Ketika ini, jasad Siti Sarah masih lagi berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi urusan pengurusan jenazah.

Siti Sarah Raissuddin yang juga isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib meninggal dunia di HUKM di sini awal pagi tadi.

Siti Sarah, 36, yang dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Rabu lalu akibat Covid-19 menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.13 pagi.

Perkara tersebut disahkan sendiri Shuib menerusi satu muat naik di laman Instagramnya hari ini. -K! ONLINE

Jenazah Siti Sarah dijangka dikebumi di Gombak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

Ibu tunggal rugi RM494,400 ditipu African Scam


Sebaran :

Leave a Reply