Anak-anak tak tahu Siti Sarah sudah tiada
Anak-anak tak tahu Siti Sarah sudah tiada’
Pelawak popular, Shuib Sepahtu belum sempat memberitahu pemergian arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang menghembuskan nafas terakhir, pagi ini kepada anak-anaknya.
Menerusi perkahwinan selama 10 tahun, Shuib dan arwah Siti Sarah dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.
“Buat masa ini, anak-anak belum tahu lagi. Saya baru hendak balik rumah dan memberitahu mereka.
“Doakan urusan saya dipermudahkan. Bapa mentua, Raissuddin Hamzah, insya-Allah okay,” katanya ditemui sejurus selesai majlis pengebumian Allahyarham Siti Sarah di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, kira-kira jam 1.20 tengah hari ini.
“Saya dan anak-anak dapat melihat air mata berjuraian di pipi arwah ketika membuat panggilan video, seolah-olah memahami anak-anak sedang memanggil dan berbual dengannya,” katanya.
Sementara itu, Shuib berulang kali mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan dan peminat yang bersusah payah meluangkan masa dan berusaha berdoa untuk arwah isterinya ketika sedang bertarung nyawa akibat COVID-19.
“Jutaan terima kasih buat berdoa, solat hajat, bacaan Yassin dan sedekah atas nama arwah isteri sepanjang tempoh kritikalnya selama beberapa hari ini.
“Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik anda semua. Ini atas asbab kebaikan dan kasih sayang, Alhamdulillah.
“Saya mendoakan semoga dipermudahkan kepada sesiapa sahaja dalam kesusahan berjuang dan bertarung nyawa akibat COVID-19,” katanya.
Katanya, dia pulangkan semula setiap doa baik-baik untuk mereka yang berdoa untuk arwah isteri.
“Saya balikkan doa ini, semoga kita semua diberkati, dilindungi dan dirahmati Allah SWT.
“Saya mohon maaf atas silap salah, maafkan isteri saya. Tolong sedekahkan bacaan al-Fatihah buatnya,” katanya. BH
Anak-anak tak tahu Siti Sarah sudah tiada
Baca Artikel Menarik :
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU
Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib
You must be logged in to post a comment.