Covid-19 : 17236 kes baharu hari ini

Covid-19 : 17236 kes baharu hari ini

Terkini. 9 Ogos 2021. Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,236 kes

Kementerian Kesihatan melaporkan kes harian Covid-19 menunjukkan sedikit penurunan dengan 17,236 kes baharu, menjadikan jumlah jangkitan adalah 1,279,776 kes setakat ini.



Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 5,740 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (1,567), Kedah (1,328), Sabah (1,247), Johor (1,232), Negeri Sembilan (1,215), Perak (935), Kelantan (914), Pulau Pinang (908), Pahang (604), Sarawak (589), Terengganu (501), Melaka (360), Putrajaya (66), Perlis (22) dan Labuan (8).

Semalam sebanyak 360 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan ia bilangan tertinggi pernah dicatatkan negara sepanjang penularan pandemik tersebut.



Seluruh dunia mencatat 8,022 kematian Covid-19 semalam. Malaysia sumbang 4.5 peratus (360) daripada angka itu.

“Lagi seram ialah 85 daripada 360 kematian dicatat semalam adalah Brought In Dead (BID) atau meninggal dunia di luar hospital sebab tidak sempat menerima rawatan.

“Tanpa mengambil kira saiz penduduk, Malaysia terletak di tangga ke-7 paling tinggi kematian Covid dalam dunia semalam

Berita lanjut menyusul



Covid-19 : 17236 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker