Kaum lelaki di Helmand tidak dibenarkan mencukur janggut

Kaum lelaki di Helmand tidak dibenarkan mencukur janggut

Taliban melarang pendandan rambut di wilayah Helmand Afghanistan mencukur atau memotong janggut, dengan mengatakan ia melanggar tafsiran mengenai undang-undang Islam.

Sesiapa yang melanggar peraturan itu akan dihukum, kata polis agama Taliban.

Beberapa tukang gunting rambut di ibu kota Kabul mengesahkan mereka telah menerima arahan serupa.

Arahan tersebut menunjukkan Taliban mengenakan pentadbiran yang ketat meskipun berjanji untuk mengubah corak pemerintahannya.

Sejak mengambil alih kuasa bulan lalu, Taliban telah menjatuhkan hukuman yang keras terhadap pihak lawan.

Pada hari Sabtu, pejuang kumpulan itu menembak mati empat orang yang disyaki penculik dan mayat mereka digantung di jalan-jalan di wilayah Herat.

Dalam notis yang disiarkan di salun-salun di wilayah Helmand selatan, petugas Taliban mengingatkan pendandan rambut mesti mematuhi undang-undang Syariah untuk potongan rambut dan janggut.

“Tidak ada individu mempunyai hak untuk melahirkan rasa tidak puas hati,” menurut notis yang dibaca oleh BBC.

Seorang pendandan rambut, yang mengendalikan salah satu salun terbesar di kota ini berkata, dia menerima panggilan dari seseorang yang mengaku sebagai pegawai kerajaan.

Dia memerintahkan supaya “berhenti mengikuti gaya Amerika” dan tidak mencukur atau memotong janggut sesiapa pun.

Semasa Taliban kali pertama berkuasa dari tahun 1996 hingga 2001, orang-orang Islam dilarang keras mengenakan gaya rambut dan menegaskan lelaki perlu mempunyai janggut.

Namun selepas tempoh itu, kaum lelaki Afghanistan lebih memilih penampilan bercukur bersih.

Malah, kebanyakan lelaki suka dengan penampilan rambut pelbagai gaya.

Seorang penggunting rambut berkata, undang-undang yang dilaksanakan sekarang menyebabkan kehidupan mereka akan menjadi lebih sukar.

“Beberapa tahun lalu salon saya menjadi tempat pilihan golongan muda bercukur dan memotong rambut dengan pelbagai gaya. Sekarang tidak ada alasan untuk mengekalkan perniagaan ini,” ujarnya. MG

Kaum lelaki di Helmand tidak dibenarkan mencukur janggut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker