Ramai persoal kebenaran rentas daerah, negeri pasangan PJJ
Ramai persoal kebenaran rentas daerah, negeri pasangan PJJ
Pengumuman kemudahan untuk individu lengkap dua dos vaksin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Rata-ratanya menyambut baik kelonggaran yang diumumkan kerajaan, bagaimanapun kebenaran rentas daerah dan negeri yang diberikan kepada pasangan jarak jauh bagi berjumpa pasangan masing-masing dilihat mendapat tentangan hebat oleh golongan bujang.
Tinjaun Kosmo! di laman sosial mendapati, orang ramai menyifatkan keputusan kerajaan itu adalah tidak adil bagi golongan orang bujang yang berjauhan dengan keluarga akibat larangan rentas daerah dan negeri yang dilaksanakan.
“Kami yang bujang ini tak ada keluarga langsung ke? Ramai yang sudah setahun tak jumpa ibu dan ayah masing-masing. Sangat tidak adil, sepatutnya kelonggaran ini diberikan untuk semua,” luah Faiz Rahman.
Baca Artikel Menarik :
- Parti Lain Boleh Tangguh, Tapi UMNO Dipaksa Laksanakan
- Banjir atas padang, pengadil paksa main bola
- Terdesak Kekalkan Kuasa, Sentimen Propaganda Direka
- Siti Sarah ditiarapkan, darah beku di paru-paru
- Resepi Sambal Belacan Strawberi Berdesing Pedas
Layari Laman Facebook MYKMU
“Tolong jelaskan apa kepentingan atau kelebihan pasangan jarak jauh ini ya? Kenapa dari dulu lagi mereka diberikan kelonggaran? Tolonglah kasihankan kami yang bujang ini,” kata Isyrqaq.
“Manusia yang wujud di Malaysia ini hanya pasangan jarak jauh sahaja rasanya. Yang bujang ini memang tak pernah wujud,” kata MyNameIsFmd.
“Orang bujang selalu dianaktirikan, takkan jumpa pasangan lagi penting daripada anak nak jumpa mak bapak? Kalau nak buat kelonggaran pun, tolonglah bagi adil,” kata Ahmad Zuhairi.
Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
Kebenaran itu juga dibenarkan untuk ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap bagi berjumpa anak di bawah umur 18 tahun. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Ramai persoal kebenaran rentas daerah, negeri pasangan PJJ
Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib
You must be logged in to post a comment.