Masing-masing dakwa ada majoriti tapi cakap sekarang buat apa?

Masing-masing dakwa ada majoriti tapi cakap sekarang buat apa?. Sekarang ni cakap apa pun tak guna. Sekadar boleh menyalak bukit tapi bukit tidak juga bergegar atau runtuh, malah tidak berganjak.

Jadi, kenapa bising dan hingar-bingar? Ia tidak lain adalah untuk menunjukkan kekuatan dan perang saraf.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukannya sebelum ini. Bukan sekali tapi beberapa kali.



Oleh kerana keabsahan kerajaan dan perdana menteri dipertikaikan dari masa ke masa, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun turut serta dalam permainan cukup majoriti itu.

Beliau pun terpaksa tampil untuk meyakinkan semua orang bahawa kerajaannya masih mempunyai sokongan yang mencukupi.

Tapi sekali lagi, oleh kerana ia tidak dilakukan di dalam Parlimen, orang masih tidak mahu mengiktiraf pengakuannya itu.

Maka, kali ini beliau perlu menyatakan bahawa kredibiliti kerajaannya akan diuji dalam undi kepercayaan di dalam Dewan Rakyat.



Beliau sudah pun membuat pengakuan tersebut di hadapan kaca televisyen dan disaksikan oleh seluruh negara, namun pengakuannya itu masih diragui dan dipertikaikan.

Maka, pada Jumaat, giliran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula untuk muncul dan membuat dakwaan bahawa 31 MP UMNO masih bersama Perdana Menteri.

Itu pun tidak dapat nak meredakan keadaan. Yang terbaharu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menggunakan laman sosial Twitter pula untuk sekali lagi mendakwa yang Muhyiddin dah hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Isyh! Macam tak habis-habis drama dakwa mendakwa ini.



Dah jadi ibarat menyalak bukitlah pula. Suara sahaja kuat tapi tiada kesan apa-apa. Tak bolehkah bersabar sekejap saja lagi sehingga 6 September nanti. Lepas tu salaklah kuat-kuat dalam dewan.

Sekarang ni bising untuk perang psikologi sahaja. Ahli Parlimen Pontian itu sekali lagi mengulangi apa yang presiden partinya dah sebut iaitu 11 MP UMNO tarik diri, Muhyiddin kini hanya ada 103 ahli Parlimen bersamanya.

Ahmad Maslan berhujah 31 daripada 42 MP BN yang sokong Muhyiddin, ada baki 11 lagi tidak menyokong.

Beliau mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) ada 114 kerusi. Tolak 11, ada baki 103 kerusi. Jumlah MP di dalam Dewan ada 222. Dua orang meninggal dunia dan tidak diganti dengan yang baharu kerana masalah Covid-19.



Jadi, yang akan berada di dalam Dewan ialah 220 orang. 103 katanya tidak cukup jumlah untuk capai majoriti.

Betullah tu tapi kena tunggu 6 September, baru boleh disahkan. Menyalak sekarang, usah kata Muhyiddin dan PN, bukit pun tak berganjak.

Masing-masing dakwa ada majoriti tapi cakap sekarang buat apa?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Terdesak Kekalkan Kuasa, Sentimen Propaganda Direka



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker