Lengkap 2 dos vaksin? Ini kelonggaran SOP yang bakal anda terima

Bermula Selasa ini (10 Ogos) mana-mana pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

Selain pasangan suami isteri, ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap juga dibenarkan berbuat demikian untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Sementara itu, kepada pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap pula dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.



Kemudahan-kemudahan itu terpakai untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pengumuman Khas berhubung kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap pada Ahad.

Lengkap 2 dos vaksin? Ini kelonggaran SOP yang bakal anda terima


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Najib kata soalan beliau bulan Mei pun Kerajaan gagal jawab



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker