Harga ujian saringan Covid-19 ‘cekik darah’

Harga ujian saringan Covid-19 ‘cekik darah’. Harga perkhidmatan ujian Covid-19 di hospital dan klinik swasta masih mahal walaupun saringan tersebut ketika ini boleh menggunakan kaedah persampelan air liur atau deep-throat saliva.

Ketua Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Tan Sri Dr Mohd Amin Jalaludin berkata, keadaan itu benar-benar membebankan rakyat terutama golongan B40.

“Walaupun sekarang kaedah persampelan guna air liur tapi harga perkhidmatan ujian tindak balas rantai polimer (RT-PCR) mahu pun kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) masih lagi mahal.

“Jadi kerajaan patut kawal harganya,” katanya pada wawancara bersama Sinar Ahad secara maya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Amin menegaskan, harga perkhidmatan ujian Covid-19 yang mahal di intitusi kesihatan swasta itu dikhuatiri akan menyebabkan ramai rakyat tercicir daripada melakukan ujian saringan berbayar itu.

“Misalnya, kalau mereka kena bayar RM100 untuk buat ujian Covid-19 dan mereka tak mampu nak bayar, mungkin ada antara mereka yang tak akan buat ujian itu.

“Bila berlaku keadaan ini, mereka akan jadi pembawa penyakit (Covid-19) dan akan menularkannya,” katanya.

Pada Januari lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah membangkitkan terdapat segelintir pusat perubatan dan klinik swasta mengenakan caj sehingga mencecah RM1,000 untuk ujian saringan terbabit.

PPIM mendakwa mereka menerima aduan bahawa ada pusat perubatan dan klinik swasta mengenakan caj antara RM700 hingga RM1,000 bagi seorang individu.

Susulan itu, kerajaan juga telah menetapkan harga maksimum untuk perkhidmatan saringan Covid-19 di bawah Ordinan Darurat pada Mei lalu.

Mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 di bawah tajuk ‘Permintaan Bagi Penggunaan Sumber (Seksyen 4)’, fi maksimum bagi RT-PCR adalah RM150 di Semenanjung Malaysia manakala RM200 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bagi RTK-Ag pula di Semenanjung Malaysia harga yang ditetapkan adalah RM60 manakala RM80 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Fi maksimum bagi kit ujian pantas antibodi (RTK-Ab) pula berharga RM50 di Semenanjung Malaysia dan RM70 bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan.

Ordinan itu menyatakan penggunaan sumber berkenaan bagi menangani jangkitan penyakit berjangkit Covid-19 dan berkuat kuasa 17 Mei lalu sehingga 1 Ogos depan atau apa-apa tempoh lain seperti dimahsyurkan Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanpun, menerusi laporan media sebelum ini didapati masih ada segelintir hospital dan klinik swasta mengenakan caj melebihi harga maksimum ditetapkan.

Harga ujian saringan Covid-19 ‘cekik darah’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker