Ujian PCR, RTK-Ag mahal punca rakyat guna kit ujian kendiri

 Gambar Hiasan

Ujian PCR, RTK-Ag mahal punca rakyat guna kit ujian kendiri. Kos bagi menjalani ujian RT-PCR (PCR) dan RTK Antigen (RTK-Ag) yang mahal ketika ini menyebabkan rakyat memilih untuk menggunakan kit ujian kendiri Covid-19.

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Ahad mendapati rata-rata orang ramai menyifatkan harga kit ujian kendiri Covid-19 berkenaan iaitu RM39.90 setiap satu masih tinggi bagi golongan B40.

Menurut Norizan Musa, 50, dari Hulu Langat, permintaan terhadap kit terbabit meningkat kerana tidak ramai yang mampu membuat ujian calitan Covid-19 di klinik swasta.

Menurut ibu kepada empat anak itu, berikutan keadaan itu tidak mustahil ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan menjual kit berkenaan di laman sosial pada kadar harga yang mahal.



“Bagi golongan berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang ramai, misalnya empat orang mereka perlu membelanjakan lebih RM100 dan ini agak membebankan,” katanya.

Seorang pekerja di Perlabuhan Klang, Noramin Mat Noor, 31, berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengadakan perbincangan dengan syarikat terbabit dalam usaha mendapatkan harga yang lebih murah.

Malah katanya, cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menyenaraikan kit ujian kendiri itu dalam senarai barangan harga kawalan, perlu dilakukan segera.

“Saya juga bersetuju jika kerajaan menetapkan harga rendah kepada keluarga yang tersenarai dalam penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mungkin boleh diberi secara percuma kepada mereka,” katanya.



Bagi seorang wartawan sambilan di Putrajaya, Samadi Ahmad, 55, penggunaan kit itu amat praktikal kerana kurang berisiko berbanding melakukan ujian calitan di klinik atau makmal.

“Bagaimanapun dengan harga sedemikian, ia agak membebankan terutama jika satu rumah itu mempunyai ramai ahli keluarga dan perlu membuat ujian menggunakan kit berkenaan,” katanya.

Ujian PCR, RTK-Ag mahal punca rakyat guna kit ujian kendiri


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Najib jangka sokongan Muhyiddin hanya kurang dari 100



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker