Lada Hitam Rasanya Masin Tapi Pengganti Terbaik Garam, Manfaatnya Untuk Kesihatan
Lada Hitam Rasanya Masin Tapi Pengganti Terbaik Garam, Manfaatnya Untuk Kesihatan
LADA hitam memang banyak digunakan dalam pelbagai masakan namun tahukah anda bahawa ia juga mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan?
Banyak kajian membuktikan bahawa lada hitam mempunyai banyak manfaat seperti penghilang rasa sakit, membantu masalah pencernaan sehingga meningkatkan kekebalan tubuh kerana ia mempunyai piperin di dalamnya.
Apa istimewanya lada hitam? Berikut adalah beberapa kelebihannya kepada kesihatan dan tidak hanya menyedapkan makanan.
1. Antioksidan dan anti-inflamasi
Lada hitam kaya dengan piperin alkaloid yang memiliki sifat antioksidan. Senyawa piperin juga memiliki anti-inflamasi.
Jika lada hitam dikombinasikan dengan kunyit dan halia, lada hitam dapat memberi kesan anti-inflamasi yang sama dengan ubat untuk mengatasi osteoarthritis lulut.
2. Membantu penyerapan nutrisi
Persenyawaan piperin pada lada hitam juga membantu menyerap nutrisi seperti zat besi dan beta-karoten.
Campuran lada hitam dan kunyit yang kaya dengan kurkumin dapat meningkatkan sifat antioksidan dan anti-inflamasi.
3. Pengganti garam
Pengambilan garam berlebihan boleh memberi kesan buruk kerana ia meningkatkan tekanan darah dan memberi kesan pada risiko penyakit jantung, angin ahmar dan kegagalan jantung.
Namun berita baiknya, pengambilan garam boleh dikurangkan dengan menggunakan lada hitam yang mempunyai rasa masin.
Lada Hitam Rasanya Masin Tapi Pengganti Terbaik Garam, Manfaatnya Untuk Kesihatan
Baca Artikel Menarik :
- Jawapan Najib kepada formula Muhyiddin
- Murshidul Am PAS yakin Muafakat Nasional mampu diselamatkan
- Yang sokong, yang ‘misteri’ dan yang ‘serabut’ telah terjawab
- Rasuah punca pemimpin rosak, tak amanah
- Alhamdulillah… Siti Sarah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Namun Beliau Masih Kritikal [VIDEO]
- Resepi Nasi Lemak Strawberi Extra Special
Layari Laman Facebook MYKMU