Dakwaan kerajaan hilang majoriti hanya diketahui September

Pas menyifatkan dakwaan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah kehilangan majoriti akan dibuktikan di Dewan Rakyat pada September ini.

Timbalan Pengerusi Lajnah IT dan Data Raya Pas Pusat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pelbagai pihak menyifatkan kerajaan sudah hilang majoriti, namun ada juga yang menganggap kerajaan masih mempunyai majoriti.

“Jadi, perkara itu akan dibuktikan pada bulan September nanti insya-ALLAH,” pada sidang medianya di PPV Dewan Seri Seroja pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan pelbagai pihak terutama pembangkang yang mendakwa kerajaan telah hilang majoriti.

Pada 3 Ogos lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adakah Zahid hilang kawalan ke atas Umno?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker