Parlimen Tidak Boleh Bersidang, UMNO Pula Dipaksa Buat Pemilihan
MUHYIDDIN lupa yang rakyat tidak bodoh. Mereka boleh lihat bagaimana Muhyiddin seolah-olah menyalahgunakan kuasa dengan mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengenakan tekanan terhadap UMNO dalam isu pemilihan parti tersebut. Umno membidas ROS memaklumkan tindakan Umno menangguhkan pemilihan parti itu tidak sah. Parti lain menangguhkan pemilihan, tiada halangan pula. Masalah hanya timbul bila ianya melibatkan UMNO.
Keputusan ROS itu sangat tidak munasabah dan cuma menguntungkan agenda politik tertentu. Keputusan tersebut seakan ‘memaksa’ Umno mengadakan pemilihan parti pada saat negara menyaksikan lonjakan kes Covid-19.
Ironinya, Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat yang sepatutnya bersambung pada Isnin 2 Ogos ditangguhkan ke bulan september.Pemakluman itu dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang sudah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19.
“KKM berpendapat bahawa Parlimen Malaysia adalah lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan Covid-19.
Sebaliknya UMNO dipaksa mengadakan pemilihan. Menurut sumber, peguam Umno mengesahkan bahawa prosedur yang dilaksanakan untuk memohon penangguhan pemilihan sebelum ini telah dibuat dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan akan mengutus respon balas kepada ROS.
Menurut Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, “Parti lain hendak buat kongres “hibrid” bulan Jun dahulu, tidak dibenarkan – atas sebab kekhuatiran penularan Covid,” katanya
Mengenai cadangan kemungkinan undi elektronik dalam pemilihan Umno, Shahril mengulangi kenyataan Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan pada Jun tahun lalu.
“Suka diingatkan bulan Jun 2020 dahulu pun menteri undang-undang menyebut Kerajaan sedang “mengkaji” cadangan PRU “virtual” dengan undi elektronik.
“Ada ulasan dari menteri sama bahawa ada banyak cabaran untuk melaksanakannya,” katanya lagi.
Menurut Shahril kerajaan dengan segala sumber yang ada pun mengakui, selepas lebih setahun mengkaji bahawa sukar untuk melaksanakan pengundian elektronik.
“Inikan hendak paksa parti politik laksanakan pemilihan elektronik dalam masa beberapa minggu atau bulan?
“Tidak masuk akal. Tidak masuk akal dari sudut praktikal. Tidak masuk akal dari sudut kesihatan dan keselamatan.
“Hanya masuk akal politik tertentu,” jelasnya lagi.
Untuk makluman ROS menggunakan alasan keputusan Umno menangguhkan pemilihan itu selama 18 bulan adalah berdasarkan minit mesyuarat majlis tertinggi parti itu pada 7 Julai lepas, sedangkan tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/ 2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.Justeru, Umno perlu mengemukakan permohonan penangguhan mesyuarat agung atau pemilihan parti dengan mengemukakan cadangan tarikh kepada ROS dalam tempoh terdekat melalui sepucuk surat kepada Umno.
Seluruh dunia faham dalam keadaan negara berdepan dengan pandemik Covid 19, kehidupan kita berubah hampir 360 darjah. Dan setiap peraturan dan undang-undang berubah mengikut keadaan “exception to the rule” apabila “dunia sedang sakit”. Oleh itu alasan ROS bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti dan pentadbiran pertubuhan berdaftar dilaksanakan sejajar dengan Perlembagaan Pertubuhan masing-masing yang tidak bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 atau undang-undang negara dilihat sangat tidak munasabah.
Lebih-lebih lagi, keputusan ROS itu dibuat selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan sekumpulan ahli parlimen menarik sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Zahid mendakwa perdana menteri telah kehilangan sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.
– Nurul Aisyah
You must be logged in to post a comment.