Tiada tindakan lanjut terhadap guru buat jenaka rogol

Tiada tindakan lanjut terhadap guru buat jenaka rogol, kata polis

Tiada tindakan selanjutnya yang dilakukan terhadap seorang guru yang didakwa membuat jenaka berkenaan rogol ketika di dalam kelas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.

“Saya difahamkan Timbalan Pendakwa Raya mengeluarkan arahan NFA berhubung kes berkenaan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Semalam, pelajar perempuan Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini mendedahkan gurauan tidak wajar mengenai rogol oleh seorang guru memaklumkan dirinya menerima surat tuntutan RM1 juta kerana didakwa telah memfitnah.

Ain memaklumkan perkara itu menerusi Twitter tanpa menjelaskan dengan lanjut surat tuntutan itu berhubung isu apa atau siapa yang memfailkannya.

Pelajar Tingkatan 5 itu menjadi tumpuan di media sosial Mei lalu selepas memuat naik video di TikTok memetik guru sekolahnya di Selangor berkata: “Jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.”

Beliau turut mendakwa menerima ugutan rogol daripada seorang pelajar lelaki sekolahnya.

Sementara itu bapa Ain, Saiful Nizam Ab Wahab memaklumkan pihaknya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung dan telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk tidak memberi sebarang komen.

Tiada tindakan terhadap guru buat jenaka rogol


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker