UMNO Maran selar ahli parlimen tikam belakang

UMNO Maran selar ahli parlimen tikam belakang

Ketua Umno Bahagian selar tindakan berani Ahli Parlimen belakangi parti

Umno Bahagian Maran kecewa terhadap kenyataan Ahli Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib yang membuat pengumuman terbuka menyokong penuh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Umno Maran, Shahaniza Shamsuddin berkata, pihaknya kecewa dengan kenyataan Ismail yang disifatkan sebagai membelakangi keputusan parti.

“Umno Maran zahirkan rasa dukacita dan kekecewaan dengan Ahli Parlimen Maran khusus berkait sokongannya terhadap perdana menteri yang secara tidak langsung membelakangi dan bercanggah dengan kehendak serta keputusan parti.

“Jadi, kita mahu mengingatkan semua ahli parti di semua peringkat untuk menghayati slogan Bersatu-Bersetia-Berkhidmat serta prinsip-prinsip Rukun Negara.

“Usaha membantu rakyat juga mesti terus menjadi agenda utama untuk dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Pada 3 Ogos lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin.

Namun semalam, Ahli Parlimen Maran Ismail Abd Muttalib menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menegaskan aspirasi mempertahankan Institusi Raja-raja Melayu terus menjadi asas pedoman parti itu.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar Maslin Sham Razman mengingatkan semua pihak khususnya Ahli Parlimen Kuala Kangsar agar mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi.

Beliau yang turut membantah berkata, tindakan berani beberapa Ahli Parlimen Umno yang secara terang-terangan menentang keputusan yang telah dibuat oleh parti dianggap amat mengecewakan.

“Tindakan seumpama ini khususnya oleh mereka yang telah diangkat oleh parti dan beroleh pelbagai kedudukan kerana dukungan yang diberikan oleh ahli-ahli akar umbi, amat mengecewakan,” katanya dalam kenyataan. FMT

UMNO Maran selar ahli parlimen tikam belakang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker