Sultan Ibrahim kecewa dengan kadar vaksinasi Johor
Sultan Ibrahim kecewa dengan kadar vaksinasi Johor
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi menzahirkan kekecewaannya terhadap kadar vaksinasi Covid-19 di negeri berkenaan.
Baginda mengungkapkan kekecewaan serupa pada 23 Jun.
Dalam satu kenyataan semalam, Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa nyawa manusia tidak boleh dijual beli.
“Saya sebagai Sultan Johor bertanggungjawab dan diamanahkan untuk menjaga rakyat saya. Nyawa tidak boleh dijual beli. Saya selalu fikirkan penderitaan rakyat saya, terutamanya mereka yang jatuh sakit dengan Covid-19, dan yang telah meninggal dunia.
“Keadaan penularan yang sememangnya membimbangkan kini menjadi lebih parah dengan merebaknya kes-kes varian Delta. Strateginya amat jelas, iaitu kita mesti memvaksinkan seramai mungkin populasi negeri kita dengan kadar secepat yang mungkin.
“Amat mengecewakan apabila kami seolah-olah perlu merayu untuk mempertingkatkan kadar vaksinasi untuk keselamatan rakyat kita sendiri,” titah baginda.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), 45.1 peratus penduduk dewasa Johor telah menerima satu dos pada 3 Ogos sementara 17.8 peratus sudah diberi vaksin sepenuhnya.
Untuk perbandingan, Johor berada di belakang 8 negeri lain berdasarkan kadar vaksinasi satu dos.
Ia mempunyai kadar vaksinasi terendah kedua untuk dua dos, iaitu hanya satu kedudukan di hadapan Sabah. Mk
Sultan Ibrahim kecewa dengan kadar vaksinasi Johor
Baca Artikel Menarik :
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
- Muhyiddin khttps://https//mykmu.net/2021/08/03/saya-sayang-parti-dari-jawatan-shamsul/ekal PM, bergabung dengan Pejuang, Warisan?
Layari Laman Facebook MYKMU
Terpulang kalau nak tenggelam bersama Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.