China keluar larangan halang semua kapal lalu Laut China Selatan

BEIJING: Ketika konflik Rusia dan Ukraine terus berlanjutan, China pula giat mengadakan latihan ketenteraan selama lebih seminggu di Laut China Selatan.

Latihan ketenteraan itu melibatkan kawasan antara selatan wilayah Hainan dan Vietnam.

Sehubungan itu, kerajaan China memberi amaran kepada semua kapal supaya menjauhi kawasan terbabit bagi mengelak insiden tidak diingini.



Menerusi satu kenyataan, Pentadbiran Keselamatan Maritim Hainan memaklumkan latihan ketenteraan itu berlangsung sejak Jumaat lalu sehingga 15 Mac ini.

Pentadbiran itu juga mengeluarkan koordinat kawasan yang terlibat antara Sanya dan bandar Hue di Vietnam.

Sanya merupakan pangkalan tentera laut utama China.

“Kapal-kapal tidak dibenarkan melalui kawasan tersebut bagi mengelak insiden tidak diingini,” menurut kenyataan tersebut.



Selain itu, sebahagian daripada kawasan latihan ketenteraan itu berada dalam zon ekonomi eksklusif Vietnam dan Hanoi sebelum ini mengkritik keras tindakan China yang disifatkan melanggar kedaulatan negara itu.

Pada 2014, ketegangan antara Vietnam dan China memuncak apabila syarikat pelantar minyak China mula menggali di perairan Vietnam.

Insiden itu turut menyebabkan insiden pelanggaran bot oleh kedua-dua pihak dan rusuhan anti-China di Vietnam.

Selain Vietnam, China juga mempunyai hubungan tegang dengan Filipina berhubung isu Laut China Selatan.



Sejak kebelakangan ini, China semakin giat melakukan latihan ketenteraan di Laut China Selatan.

Pertikaian wilayah laut tersebut turut dituntut oleh beberapa negara termasuk Vietnam, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Brunei. – REUTERS

China keluar larangan halang semua kapal lalu Laut China Selatan

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker