Johari Ghani tegur kerajaan, pengeluaran KWSP lebih baik dari pinjaman berfaedah

Langkah membenarkan pencarum membuat pengeluaran terus daripada akaun dua KWSP adalah pilihan lebih baik berbanding menjadikannya cagaran untuk membuat pinjaman kecemasan dengan bank, kata Johari Abdul Ghani.

Bekas timbalan menteri kewangan II itu berkata pinjaman bercagar KWSP akan membebankan pencarum kerana mereka perlu membayar kadar faedah kepada bank.

Katanya, permohonan pinjaman kecemasan juga akan mengambil masa sebelum pencarum mendapat kelulusan daripada bank.



“Awak hendak pinjam RM100,000 mungkin bank hanya boleh beri pinjam RM70,000 sahaja. Tapi awak kena bayar juga faedah serta ia juga mengambil masa untuk diproses oleh bank.

“Katakan umur ketika mahu membuat pinjaman adalah 50 tahun dan awak akan bersara ketika umur 60 tahun. Dalam tempoh 10 tahun pinjaman itu kita kena bayar faedah. Kalau awak pinjam RM70,000 bayar faedah katakanlah lima peratus setahun iaitu RM3,500.

“Untuk 10 tahun faedah sahaja RM35,000. Maknanya, awak ambil pinjaman RM70,000 dan faedah selama 10 tahun sebanyak RM35,000.

“Jumlah bersih yang awak terima daripada pinjaman adalah RM35,000. Kalau itu sahaja jumlahnya adalah lebih baik gunakan sahaja duit KWSP secara terus RM35,000. Tak payah nak bayar faedah,” katanya dalam wawancara bersama Utusan Malaysia, hari ini.



Johari yang juga anggota parlimen Titiwangsa berhidmat sebagai timbalan menteri II antara Jun 2016 hingga Mei 2018 di bawah pentadbiran Najib Razak.

Dia berkata demikian ketika mengulas berhubung langkah kerajaan memperkenalkan kaedah bagi membolehkan pencarum KWSP yang memerlukan membuat pinjaman bank dengan akaun KWSP mereka dijadikan cagaran.

Terdahulu Pardana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan rancangan itu ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada bulan lalu.

Sementara itu Johari turut mengkritik pentadbiran kerajaan terdahulu yang melaksanakan kaedah pengeluarkan wang KWSP kerana langkah iu turut dibenarkan kepada mereka yang tidak terkesan dengan pandemik Covid-19.



“KWSP sudah keluarkan RM145 bilion sepanjang dua tahun Covid-19. Silap kerajaan juga sebab pertama mengapa duit KWSP itu turut diberikan kepada mereka yang tidak terkesan kehilangan pekerjaan seperti kakitangan kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan lain-lain.

“Apabila semua orang dibenarkan keluar duit KWSP tanpa sebab ia menyebabkan KWSP terpaksa menjual pelaburan jangka masa panjang mereka untuk menampung pengeluaran tersebut,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen



Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu

PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker